32 ♡Tunang♡

52 3 0
                                    

Sebulan kemudian iaitu tepat jatuhnya tarikh 22 November , Tengku Arda Mikhayla Binti Tengku Luth Irham telah pun sah menjadi tunang kepada Eariq Rizqin Bin Harraz Shah manakala Tengku Aryan Mikhayl Bin Tengku Luth Irham juga telah sah menjadi tunang kepada Irisya Belinda Binti Ghaz Bazli. Eariq dan Aryan bersetuju untuk melangsungkan majlis pertunangan mereka sekali supaya tidak mengganggu waktu Tengku Adyan Mateen Bin Tengku Luth Ilham , Noah Isqandar Bin Edhan Fateh dan Nur Ilhan Hayyan Bin Hud Zuhair kerana mereka bertiga tinggal di luar negara.

"Dyan" panggil Aryan setelah berjaya melabuhkan punggung disebelah Adyan yang sedang duduk dibuaian diluar rumah selepas selesai majlis

"Apa?"

"Thanks sebab sudi balik Malaysia , aku ingat kau tak nak datang majlis ni"

"Aku datang sebab Walid paksa aku suruh datang dan sebenarnya aku dengan yang lain memang dah lama balik daripada minggu lepas lagi cuma kami tak bagitahu"

"Dyan.."

"Kau nak cakap apa Ryan? Terus ke point utama kau je tak payah nak melalut ayat kau tu , aku takde mood nak layan sekarang"

"Dyan , kau betul-betul dah berubah sekarang , kau bukan Adyan yang aku kenal. Adyan yang aku kenal dia takkan pernah layan aku macamni , dia tak pernah keluarkan ayat yang menyakitkan bila dengan aku"

"This is me Ryan , aku tak berubah apapun. Muka aku , badan dan semuanya masih sama tiada yang berubah. Kedudukan aku dalam Diaz Vercetti (DV) pun masih sama macam dulu , aku masih kekal diposisi aku"

"TAK!! KAU BERUBAH DYAN!! KAU DAH TAK JADI DYAN YANG AKU KENAL!! KAU DAH JADI ORANG LAIN!!"

"KAU DENGAR SINI TENGKU ARYAN MIKHAYL BIN TENGKU LUTH IRHAM , YANG BERDIRI DEPAN KAU NI MASIH LAGI TENGKU ADYAN MATEEN BIN TENGKU LUTH ILHAM YANG SAMA! DIRI DIA MASIH SAMA TAPI HATI DIA TIDAK SELEPAS APA YANG DAH TERJADI! KAU INGAT SENANG KE AKU NAK LUPAKAN SEMUA TU? DARIPADA DULU SAMPAI SEKARANG KAU SELALU BUAT AKU KECEWA DENGAN KAU , WAHAI TENGKU ARYAN MIKHAYL BIN TENGKU LUTH IRHAM! TAK PERNAH AKU TAK KECEWA DENGAN KAU LEPAS KEJADIAN TU. TERUSKAN RYAN. TERUSKAN TUDUH AKU YANG BERMASALAH SEKARANG!" kata Adyan dengan air mata yang mengalir laju lalu segera masuk ke dalam rumah keluarga Aryan

Tercengang Iriss dan yang lain selepas melihat pertelingkahan antara Tengku Adyan Mateen dan Tengku Aryan Mikhayl , dimana mereka tidak pernah sangka akan melihat seorang Tengku Adyan Mateen mengalirkan air matanya lagi dan ini merupakan kali kedua selepas perkara yang berlaku di Jerman

"Aku minta maaf Dyan" ucap Aryan lirih sambil memandang sosok Adyan yang berlalu pergi

"Riq macam mana ni? Diorang masih dingin sesama sendiri , Dyan ada cakap yang harapan dia sebelum balik sini ialah dia tak nak mengamuk tapi aku rasa harapan dia punah sekali lagi" tanya Qan selepas mereka berdua menyaksikan perbalahan antara Aryan dan Adyan

"Kau pergi pujuk Ryan , pergi spend time dengan dia dan aku akan pergi pujuk Dyan"

"Ok Riq"

****

"Dyan , kau ok?"

"Kau dengan Ryan gaduh lagi ke? Mana janji kau dengan aku sebelum kau balik Dyan?"

"Aku tak boleh Riq. Hakikatnya daripada awal sampai akhir dalam fikiran dia hanya aku yang salah , bukan dia"

"Ich bin jetzt verdammt müde (I'm too fucking tired now)"

"Ich werde heute Abend wieder auf Deutsch zurückgreifen (I'll go back to German this evening)"

"Dyan? Tolong la jangan balik sana lagi , kau tak nak spend time dengan Khayla ke? Kau tahu tak dia rindu gila dekat kau , tak pernah sehari pun nama kau lekang daripada bibir dia? She really miss you so much"

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Where stories live. Discover now