50 ♡Twins♡

72 7 0
                                        

"Bila awak nak bangun ni sayang , hmm? Dah sebulan tahu tak awak tidur kat sini tak bangun-bangun. Awak tak rindu Abang dengan anak kita ke? Anak kita dah lahir sayang. Diorang lahir pra-matang tetapi diorang tetap normal. Bangun lah sayang...Abang betul-betul terlalu rindukan awak" kata Eariq sambil menangis dan tangannya menggenggam tangan isterinya

"Abang minta maaf sebab abaikan awak. Abang bodoh sebab terlalu junjungkan ego Abang sampai Abang lukakan awak. Maafkan Abang liebe...Abang dah tahu semuanya. Abang khilaf."

"Maafkan Abang..."

"Perlukah saya maafkan jika perkara itu terlalu menyakitkan?"

"Liebe? Awak dah bangun sayang? Ya Allah terima kasih sayang! Alhamdullillah" tanya Eariq lalu segera memeluk isterinya yang sudah sedar itu. Dia bersyukur sangat kerana isterinya telah sedar setelah lama mengalami koma.

"Saya terlalu mencintai Abang tapi saya juga terlalu kecewa. Saya rasa sakit sangat bila Abang tinggalkan saya dan anak kita. Saya rasa sakit bila Abang tak pernah nak bagi saya peluang untuk jelaskan semuanya. Abang buat saya nampak macam seorang yang tidak berguna dan penting dalam hidup Abang langsung"

"Liebe..."

"Saya dah kecewa sangat dengan Abang tapi saya tetap pergi rumah lama Daddy lepas dapat mesej kata Abang kena culik. Saya risau sangat dan tak boleh nak fikir dengan betul masatu. Saya pergi seorang diri dengan keadaan yang terlalu sarat dan tanpa apa-apa perlindungan. Memang tak mungkinlah seorang Eariq Rizqin Bin Harraz Shah iaitu salah seorang Alpha daripada Diaz Vercetti dengan mudah diculik musuh tapi saya tetap pergi juga sebab takut Abang betul-betul kena culik tanpa Abang berhati-hati. Saya..." Tengku Arda Mikhayla berhenti seketika percakapannya kerana terlalu sebak

"Saya harap sangat yang Abang akan datang selamatkan saya tapi saya lupa , siapalah saya untuk Abang. Manalah Abang nak datang selamatkan saya sebab Abang pun dah bencikan saya sangat-sangat. Saya lemah sangat lepas kena siksa dengan mereka tapi Alhamdulillah Abang Ayan datang selamatkan saya. Kalau dia takde mungkin saya dah mati. Diorang siksa saya dengan macam-macam cara sampai anak saya hampir mati."

"Sayang..."

"Aku benci kau Eariq Rizqin Bin Harraz Shah! Kau kejam! Kau penipu! Kau kata kau akan selalu ada untuk jaga aku dengan anak tapi semuanya dusta! Kau memang kejam Eariq Rizqin Bin Harraz Shah! Kau ego! Disebabkan dendam kau , aku yang merana! Disebabkan ego kau yang tinggi melangit tu , aku yang tersiksa! KAU TAHU TAK?!" jerkah Tengku Arda Mikhayla kuat sehingga membuatkan Tengku Adyan Mateen dan Noah Isqandar yang berada diluar segera masuk. Takut terjadi apa-apa

"Abang minta maaf sayang. Abang mengaku yang Abang kejam dan ego tinggi. Abang dah menyesal sekarang. Abang janji Abang akan berubah. Abang merayu tolong bagi Abang peluang sekali lagi untuk buktikan dan bahagiakan awak" rayu Eariq dengan esakannya.

"Abang merayu sangat-sangat. Tolonglah sayang bagi Abang peluang sekali lagi...Abang sayang dan cintakan awak sangat. Abang bersumpah demi Allah , liebe" tambah Eariq sambil berusaha menggoncang tangan Mikhayla yang dingin dan kaku tanpa riak itu.

"Aku-"

"Little girl. Stop it. Don't be rude to your husband and stop acting now" celah Adyan dengan nada tegas dan dingin sehingga membuatkan Mikhayla mencebik mulut lalu berpaling ke arah lain. Dia merajuk! Baru nak feeling betul-betul dah kena suruh stop.

"Liebe?" tanya Eariq pelik sambil memandang Adyan , Isqandar dan Mikhayla silih berganti

"Dia dah sedar daripada semalam lagi tapi disebabkan dia sakit hati sangat dengan kau jadi dia minta pertolongan kami untuk bantu berlakon macamtu. Dia tak tergamak nak sakitkan hati kau sebenarnya sebab kau tu suami yang dia cinta dan sayang sangat. Dia bukan macam kau yang ego melangit tu" jelas Isqandar dengan nada perlinya. Geram dia dengan perangai tak semegah seorang lelaki bernama Eariq Rizqin Bin Harraz Shah. Nama sedap didengar tetapi perangai tak sedap dipandang. Dah jadi bapa anak kembar pun still perangai minta kaki lagi

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang