Di rumah keluarga Eariq,
"Kenapa abang pukul dia sampai macam tu? Dia anak kandung abang tahu tak?! Abang dah janji kan nak tegur dia secara baik tapi apa yang dah jadi sekarang? Abang still tak boleh nak ubah perangai abang kan? Abang tak kesian ke kat akak? Dia mesti sedih sebab anak tunggal dia yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang akhirnya disakiti selepas ketiadaan dia. Saya betul-betul tak boleh nak faham tentang diri abang sekarang" kata mama lalu segera naik ke atas
"Daddy?" Panggil Aus sambil duduk di sebelah daddy
"Maaf Aus, daddy terlepas, daddy sakitkan abang kamu lagi, daddy memang daddy yang tak berguna, kamu marah la daddy macam mana abang kamu dengan mama kamu marah daddy, daddy terima semuanya sebab masalah ni berpunca daripada daddy" kata daddy meminta maaf dan merayu kepada Aus supaya memarahinya akibat kesalahan yang telah lakukan tadi dengan perasaan yang sangat bersalah terhadap mereka bertiga dan terutamanya Eariq kerana dia lah yang paling merasai kesakitan itu.
"Aus tak marahkan daddy, Aus tahu kenapa daddy pukul abang, daddy nak ubah abang kan tapi bukan dengan cara ni daddy, bukan mendidik dan mengubah seorang anak itu dengan kekerasan tapi mulakan dengan kelembutan dan kasih sayang, tapi kalau masih tak berlaku perubahan barulah mula dengan sedikit kekerasan dan ketegasan" kata Aus sambil melihat ke arah daddy yang sedang tunduk bersalah
"Tadi mungkin depan kita, kita nampak abang seorang kuat dan hati keras tapi kita tak tahu abang macam mana bila di belakang kita, mungkin dia menangis juga kerana sakit atau kecewa atau lain-lain lagi. Kita semua manusia yang mempunyai hati dan perasaan jadi sudah semestinya seseorang yang menunjukkan sisi kuat juga akan menunjukkan sisi lemahnya ketika bersendirian atau bersama dengan orang yang dia selesa untuk berkongsi apa yang dilaluinya. Mungkin sekarang abang tengah menangis sendirian ataupun dengan Aryan kerana lelah dengan sekeliling yang dia lalui sekarang" tambah Aus , selesai memberi nasihat Aus terus mengambil telefon daddynya yang berada diatas meja dihadapan mereka lalu memberikannya kepada daddy dan menyuruh daddynya menelefon atau menghantar pesanan minta maaf serta mengajak abangnya dinner diluar malam nanti
Daddy pun segera melakukan seperti yang diminta oleh Aus, pada ketika itu daddy merasa sangat terharu kerana kehadiran Aus dan mamanya tidak seperti keluarga tiri yang lain dimana mereka menerima Eariq dengan baik dan menganggap Eariq seperti darah daging mereka. Selepas selesai menaip pesanan untuk dihantar kepada Eariq, daddy tanpa basa basi terus menghantar pesanan tersebut dan menunggu balasan daripada anak tunggal kandungnya itu. Aus dengan rela hatinya menemani daddynya sehingga semua selesai, mereka menonton TV di ruang tamu sambil berkongsi-kongsi cerita.
Trittt tritt
Menandakan bahawa terdapat pesanan masuk di telefon daddy and yang menghantar pesanan tersebut ialah Eariq, pesanan yang ditunggu-tunggu sebentar tadi. Daddy dengan segera membaca pesanan yang dibalas Eariq"Ok tapi Eariq balik rumah lambat sikit sebab sekarang dekat rumah family Aryan" balas Eariq
"Tak pe, nanti Eariq nak balik Eariq bagitahu biar kami bersiap" balas daddy
"Tak pe, korang pergi dulu, nanti Eariq susul belakang"
"Eariq, please kali ni je daddy minta untuk kita gerak sama-sama pergi tempat dinner tu"
"Hmmm baiklah, nanti Eariq balik lepastu kita gerak sama-sama"
"Baiklah kami tunggu, thanks anak kesayangan daddy"
"Ya" balas Eariq tegang dan berakhir lah sesi berbalas pesanan
"Macam mana daddy?" tanya Aus yang pada ketika itu dirinya sangat gembira melihat daddynya yang tersenyum-senyum ketika berbalas pesanan dengan abangnya
"Abang kamu setuju, syukur anak kesayangan daddy setuju" balas daddy tanpa sedar akan perubahan Aus
"Wahhh bagus la, Aus nak naik atas siapkan dulu untuk siapkan tugasan yang Prof bagi sementara abang tak balik lagi" balas Aus lalu naik ke atas sambil menahan iri selepas daddy memanggil abangnya anak kesayangan dan dirinya tidak pernah disebut seperti itu tetapi dia sedar akan kedudukannya didalam keluarga itu
"Baiklah, belajar elok-elok ok" balas daddy lalu kembali menonton TV

ANDA SEDANG MEMBACA
Badboy-Liebe [Diterbitkan]
FanfictionYou won't always be lucky if you bother people who are remains quiet - Alpha Sedikit pemberitahuan daripada Hazel⚠️ Novel DV's SECRET: ALPHA telahpun diterbitkan. Jika sesiapa yang ingin membelinya boleh pergi ke ig admin-admin Hazel dekat bio ig Ha...