51 ♡42 Celcius♡

62 8 0
                                    

"Aus , bangun. Kitorang nak bawa kau pergi pergi jumpa someone" kejut Hayyan yang masih tidur sementara menunggu masuk waktu zuhur

Kini sudah 2 bulan masa berlalu , Aus masih lagi seperti biasa. Dia masih tinggal bersama dengan Trio SJN selepas dipaksa. Anak kembar kepada pasangan bahagia Eariq Rizqin dan Tengku Arda Mikhayla juga sudah membesar dengan elok dan kini susah berumur 2 bulan 10 hari.

"Pergi mana?" tanya Aus sambil menurut pelipisnya. Beginilah dia sepanjang masa. Lepas pejam mata tak kira sekejap pun kepalanya akan mengalami kesakitan seperti kepala hendak pecah.

"Kau ikut je kitorang nanti. Dah sekarang makan ubat ni dulu lepastu pergi bersiap" balas Hayyan sambil menyuakan 3 biji ubat khas untuk membantu meredakan meredakan sedikit kesakitan yang dialami Aus

Tanpa banyak bicara , Aus Farhan segera mengambil ubat yang berada di atas telapak tangan Hayyan lalu segera menelannya. Dengan memakan ubat itu sakit yang dialami ketika itu akan berkurang meskipun kanser itu tidak pernah mengecut

"Sakit lagi?" celah Noah Isqandar dengan nada yang datar. Disampingnya berdiri Tengku Adyan Mateen yang diam dengan pandangan tanpa riak seperti biasa.

Dia berasa sangat bersalah atas peristiwa silam yang berlaku dulu sehingga membuatkan kedua-dua jejaka itu berubah. Walaupun itu , mereka tetap menjaganya dan hanya Hayyan sahaja yang masih ceria meskipun tidak seperti dahulu. Nur Ilhan Hayyan juga tersakiti tetapi tidak seteruk Tengku Adyan Mateen dan Noah Isqandar.

"Aus?" teguran Hayyan itu membuatkan Aus sedar dan kembali ke alam realiti

"Ha? Apa pertanyaan tadi?"

"Qan tanya kau rasa sakit lagi ke sekarang?"

"Tak dah lepas makan ubat tadi"

"Then go take a shower now" arah Adyan datar lalu berlalu pergi daripada situ

"Please wear a neat clothes. Hay , bagi baju tu dekat dia kejap lagi." tambah Isqandar lalu segera mengikuti langkah Adyan selepas mendapat isyarat tangan 'Ok' daripada Hayyan

"Kita nak pergi mana kejap lagi?"

"Like I say , kita akan pergi jumpa someone. Dah pergi mandi sana. Aku tunggu" arah Hayyan lalu menyerahkan kain tuala kepada Aus dan dengan segera Aus berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri

Aus segera keluar daripada bilik air sebaik sahaja selesai membersihkan diri. "Nah baju yang Qan suruh kau pakai" kata Hayyan yang sedang berdiri di almari baju Aus. Huluran baju daripada Hayyan itu segera diambi lalu dia sergera bersiap selepas Hayyan keuar daripada biliknya.

"Dah siap?" tanya Hayyan sebaik sahaja dia melihat Aus berjalan mendekati mereka bertiga yang sedang menunggu diruang tamu. Aus hanya membalas dengan anggukan.

"Hidung kau berdarah la Aus! Alert please!" bentak Adyan yang baru sahaja menoleh ke arah Aus. Dia segera bergegas mendekati Aus lalu menarik jejaka itu duduk di sofa.

"Hadapkan kepala kau ke atas" arah Isqandar lalu dia membantu menghentikan pendarahan hidung yang dihadapi Aus sekarang.

Tangan kanan Adyan berada dibelakang kepala Aus untuk menahan kepala itu supaya senang untuk menghentikan pendarahan hidung itu. Hayyan pula menuam muka , leher , dahi dan dada Aus dengan icepack yang diambilnya tadi.

"Suhu badan Aus naik mencacak sehingga 42 celcius. Macam mana Dyan?" tanya Isqandar dengan nada penuh risau

"Kita bawa pergi hospital dulu" balas Adyan lalu segera mencepung tubuh kurus Aus sambil diikuti rapat oleh Isqandar dan Hayyan. Aus sudah tidak sedarkan dirinya ketika itu.

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Where stories live. Discover now