28

64 6 0
                                    

Selepas beberapa minit , Arda Mikhayla pun masuk ke bilik yang diminta oleh abangnya dan sekali lagi dia terkesima dengan kehadiran Aus dan keluarga.

"Kenapa Along panggil adik?"

"Mari duduk sini dulu dik"

"Baik along" balas Khayla lalu segera duduk disebelah kiri Aryan dengan perasaan tidak selesa disebabkan kehadiran Aus

"Adik saya dah ada sekali dalam bilik ni jadi Tuan Harraz dan Aus boleh ulang balik permintaan tadi"

"Segala keputusan terserah dekat tuan empunya badan sama ada nak terima atau tidak tapi tolong jangan paksa dia mahupun parents kami. Saya tak suka dengan sikap paksaan dan jika berlaku maka saya akan ambil tindakan lanjut"

"Jika ditolak maka berakhir disini dan tak perlu sampai ke telinga parents kami , jika diterima baru boleh sampai ke telinga mereka"

"Baik kami bertiga setuju" balas Tuan Harraz lalu segera menjelaskan tujuan mereka datang dan ia betul-betul membuatkan Arda Mikhayla , tuan empunya badan terdiam dan dengan sekerasnya menolak permintaan tersebut

"Arda , tolong fikirkan balik permintaan uncle ni"

"Saya dah cakap yang saya tolak , tolong jangan paksa saya untuk terima Aus. Lelaki lain mungkin saya boleh pertimbangkan lagi tapi tidak untuk dia. Saya takkan terima lelaki yang bertopeng macam dia"

"Arda-"

"Saya ingat dan hadam lagi apa yang dipersetujui tadi dan Tuan Harraz sekeluarga pun setuju untuk tidak memaksa dia tapi sekarang tuan dah langgar perjanjian awal tadi , dengan ini saya akan masuk campur dan saya sebagai satu-satunya abang kandung kepada Arda Mikhayla menolak permintaan tuan sekeluarga" celah Aryan geram sambil memandang tajam ke arah Tuan Harraz sekeluarga

"Aryan tolong fikirkan balik permintaan kami ni , biar Aus perbaiki balik kesalahan dia , dia dah menyesal atas apa yang dia dah buat. Lagipun kesalahan Aus masih boleh dimaafkan , tolong jangan ego. Diorang bercinta muda jadi itu lumrah kalau putus ditengah jalan dan sekarang Aus dah dewasa jadi dia dah tak macam dulu" celah Puan Safia

"Tolong-"

"Ryan , aku nak minta izin kau untuk jadikan adik kau sebagai isteri aku , ye aku tahu aku tak baik dan liar tapi aku janji yang aku akan berubah demi adik kau" celah Eariq yang membuatkan semua terkejut

"Kau biar betul Riq? Kau tak payah paksa diri untuk buat semua ni kalau kau takde perasaan dekat dia , aku tak nak dia disakiti sekali lagi"

"Jujur Ryan yang aku dah lama ada perasaan kat adik kau dari sebelum aku kemalangan lagi tapi masa tu aku cuba buang sebab aku sedar diri aku macam mana dan aku rasa diri aku tak layak untuk seorang perempuan baik sempurna dimata aku yang bernama Tengku Arda Mikhayla iaitu adik kesayangan kau dengan Dyan"

"Aku tahu mungkin kau , Dyan dan adik kau takkan terima permintaan aku tapi sekurang-kurangnya aku dah luahkan apa yang aku simpan selama ni supaya aku tak menyesal dia jatuh dekat tangan orang lain. Jujur aku selalu cuba bagitahu diri aku yang aku hanya perlu anggap dia sebagai seorang adik tapi maaf hati aku dah terlanjur mencintai dia sampai aku tak tahu macam mana nak patah balik"

"Riq , semua keputusan ada ditangan adik aku dan aku tak nak buat keputusan tanpa kerelaan dia" balas Aryan lalu memandang adiknya untuk mendapatkan jawapan

"Khayla terima lamaran Abang Riq" balas Arda cepat

"Betul ke Khayla? Khayla betul-betul ikhlas terima Abang Riq?" Tanya Eariq tak percaya

"Yup betul , sebenarnya Khayla pun dah lama ada perasaan dekat Abang Riq. Along , Abang Ayan dengan Dina pun sebenarnya dah tahu hal ni. Tapi Khayla simpan perasaan ni sebab takut akan musnahkan persahabatan DV walaupun dah banyak kali along minta izin nak bagitahu jujur dekat Abang Riq. Khayla takut nak jujur perasaan ni dengan Abang Riq sebab takut Abang Riq hanya anggap Khayla sebagai seorang adik"

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Where stories live. Discover now