"Qin"
"Ya?"
"Kamu masih bencikan Daddy ke? Daddy betul-betul minta maaf atas apa yang Daddy dah buat kepada kamu selama ini. Daddy minta maaf sebab Daddy tak mampu jadi seorang bapa yang baik untuk kamu , Daddy dah mungkir janji Daddy kepada arwah Mummy. Maafkan Daddy nak , kalau lah masatu Daddy jaga dan lindungi arwah Mummy kamu dengan baik mesti keluarga kecil kita bahagia sangatkan sekarang tapi Daddy lalai masatu dan akhirnya arwah Mummy kamu tinggalkan kita"
"Bukan hanya arwah Mummy sahaja yang Daddy tak dapat lindung tetapi adik kamu juga. Dia hilang sampai sekarang , Daddy dah buntu tak tahu nak cari dia dekat mana lagi , mungkin dia masih hidup dan mungkin sebaliknya. Jika masih hidup rasanya umur dia sekarang sama dengan menantu Daddy"
"Daddy rindu sangat dengan anak Daddy , anak hasil percintaan Daddy dengan arwah Mummy. Daddy rindu pelukkan dia tapi Daddy tahu Daddy takkan dapat. Anak Daddy dah besar dan dia dah berkeluarga dengan orang yang dia cintai sekarang. Daddy harap kamu jadi seorang suami dan bakal bapa yang baik untuk isteri dan anak kamu. Jangan jadi macam Daddy , menyesal pun dah tak guna. Daddy yakin kamu mampu melindung dan membimbing keluarga kecil kamu. Daddy sayang kamu sangat-sangat , daripada dulu tak pernah berubah. Maafkan Daddy sebab ambil masa kamu sekarang , Daddy cuma rindu anak Daddy iaitu kamu"
Dengan sedaya upaya Tuan Harraz Shah menahan air matanya yang sudah bertakung dan hanya mampu menundukkan kepalanya untuk mengelak dirinya daripada memandang wajah anaknya yang berada di hadapan sekarang kerana takut takungan itu pecah. Seketika dia terkejut apabila mendapat pelukan daripada seseorang , seseorang yang amat dia rindui setiap hari , yang sentiasa berada didalam doanya supaya Allah melembutkan hati dan menerima dia sebagai bapa kembali. Ya , seseorang yang memeluk dia itu adalah Eariq Rizqin Bin Harraz Shah , anak Tuan Harraz Shah yang selama ini dia rindui. Tuan Harraz Shah sangat bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doanya.
"Daddy" panggil Eariq lirih sambil memeluk Tuan Harraz Shah. Dia benar-benar rindu akan pelukan hangat seorang bapa daripada Tuan Harraz Shah. Dia juga masih menyayangi Daddynya dan sentiasa berdoa agar Daddynya akan memaafkan dirinya yang telah bersikap buruk itu.
"Daddy , i'm sorry. Maafkan Qin atas segala perbuatan buruk Qin terhadap Daddy. Tolong ampunkan Qin , Qin tak nak jadi anak derhaka nanti arwah Mummy marah dan benci Qin. Daddy tak salah tapi yang salah tu Qin , Qin yang tak boleh nak terima pemergian arwah Mummy dan Qin benci Daddy sebab Qin ingat Daddy yang menyebabkan Mummy pergi. Tapi Qin silap , Mummy pergi bukan kerana salah Daddy mahupun sesiapa tapi kerana ajalnya yang telah tertulis telah sampai jadi mahu atau tidak dia tetap akan pergi meskipun dengan cara yang menyakitkan hati kita selepas mengetahuinya. Qin menyesal sebab dah derhaka dengan Daddy selama ini , Qin mohon ampun kepada Daddy , tolong ampunkan Qin. Qin dah sedar sekarang"
"Daddy dah lama maafkan kamu dan Daddy faham perasaan kamu jadi Daddy tak pernah salahkan kamu atas segala perbuatan yang kamu lakukan terhadap Daddy. Daddy sentiasa berdoa supaya Allah buka lembut hati kamu dan berbaik semula dengan Daddy. Daddy rindu kamu sangat nak" balas Tuan Harraz Shah sambil memeluk anaknya dengan erat
"Terima kasih Daddy. Qin janji Qin akan berubah jadi anak yang baik untuk Daddy , jaga Daddy , jadi ketua keluarga yang baik seperti yang Daddy minta dan akan teruskan pencarian adik. I know you also always miss him right? I'll take him back to us and I really feel that he still alive. Izinkan Qin untuk teruskan pencarian ni"
"Sama-sama dan terima kasih nak sebab sudi berubah dan kembali dalam hidup Daddy sebagai anak yang taat dan baik bukan yang dingin macam sebelum ini. Daddy memang rindukan adik dan juga rasa yang dia masih hidup sekarang , adik kamu juga tak pernah lekang daripada doa Daddy dan berharap dia kembali. Daddy izinkan kamu teruskan pencarian tu. Doa Daddy akan sentiasa mengiringi kamu"
YOU ARE READING
Badboy-Liebe [Diterbitkan]
FanficYou won't always be lucky if you bother people who are remains quiet - Alpha Sedikit pemberitahuan daripada Hazel⚠️ Novel DV's SECRET: ALPHA telahpun diterbitkan. Jika sesiapa yang ingin membelinya boleh pergi ke ig admin-admin Hazel dekat bio ig Ha...