"Ya Allah anak aku Eariq , kenapa boleh jadi macam ni sayang?" kata Mama sambil menangis teresak-esak melihat keadaan Eariq yang teruk terlantar di atas katil hospital
"Qin? Semua salah Daddy , kalau la semalam Daddy bertegas nak ambil kamu mesti semua ni tak kan terjadi , kamu jangan tinggalkan Daddy seperti Mummy kamu ok? Daddy tak nak hadap kehilangan lagi dah , cepat sedar ya anak kesayangan Daddy" kata Daddy sayu sambil mengusap kepala Eariq yang terbaring lemah dengan menggunakan alat bantuan pernafasan.
"Abang? Cepat bangun ok? Kesian kat Daddy dengan Mama , kitorang rindu sangat dekat Abang" kata Aus memandang sayu Abangnya
"Kenapa dengan hubungan antara Aus dengan adik Aryan? Apa yang Aus dah buat sampai macmtu sekali?" tanya Mama tiba-tiba
"Takde apa pun cuma biasa la dulu Aus khilaf dalam hubungan cinta , Aus tak reti nak jaga dan faham perasaan perempuan" tipu Aus yang masih tidak mahu memberitahu tahu hal sebenar yang terjadi antara dirinya dan Arda
*< tertanya-tanya la tu apa yang Aus Farhan dah buat sampai Arda Mikhayla benci sangat hehehe🤭 >*
"Baiklah kalau itu kata kamu , mama tak nak paksa kamu jujur" balas Mama yang telah malas untuk menanyakan lebih banyak lagi lalu dia kembali fokus kepada Eariq
** Selepas selesai keluarga Eariq melawat Eariq **
"Uncle minta maaf sebab menyusahkan korang berdua untuk jaga Eariq daripada semalam. Jangan risau Uncle akan suruh pembantu-pembantu rumah Uncle datang untuk jagakan Eariq" kata Daddy Eariq , Tuan Harraz Shah
"Kenapa perlu pembantu yang jagakan Eariq dan bukan Uncle dengan Aunty sendiri?" tanya Aryan tidak puas hati
"Kami bekerja dan tidak punya waktu untuk jaga Eariq tapi kami akan datang lawat bila ada masa" balas Tuan Harraz Shah
"Takpe Uncle , Uncle tak payah suruh pembantu-pembantu rumah Uncle tu datang untuk jaga Eariq , biar saya dan adik saya yang jaga dia" kata Aryan geram
"Betul ke kamu dengan adik kamu nak jagakan Eariq? Tak menyusahkan ke? Nanty Uncle bayar dekat korang sebut je berapa nak" balas Tuan Harraz Shah yang masih tidak faham dengan ayat Aryan
"Kami tak perlu duit Uncle sebabnya Abang Riq ni dah macam darah daging kami , kami tak kesah jaga dia macam mana sekalipun" balas Arda yang juga geram dengan tindakan Tuan Harraz Shah
"Err , maafkan kami" celah Mama tiri Eariq dengan rasa serba salah
"Tak pe kalau ahli keluarga dia tak nak jaga dia sendiri , kami berdua ada untuk dia" kata Aryan sinis
"Aus nak ikut serta jaga abang boleh?" tanya Aus yang masih tidak lekang memandang wajah cantik Arda Mikhayla , gadis yang sangat dicintai dan dirinduinya dengan pandangan sayu
"Tak payah , nanti adik aku tak selesa , kau boleh datang lawat Eariq dengan izin aku tak kisah la bila masa pun tapi bukan untuk terus jaga kat sini , kad kebenaran hanya ada untuk kami berdua jadi maaf" balas Aryan tegang
"Ba-baik" balas Aus tunduk kecwa
Selepas itu , Aryan dan Arda pun dengan setia menjaga Eariq setiap hari tanpa erti penah lelah. Mereka sentiasa setia ada disisi Eariq setiap hari
*** 2 bulan kemudian ***
Eariq Rizqin telah pun berkunjung sedar ,
"R-Ryan?" panggil Eariq lemah sambil mengejutkan Aryan yang tertidur disampingnya
* KREEKKK *
Pintu wad dibuka dan terpampang Arda dihadapan pintu. Arda dengan sangat terkejut melihat Eariq yang telah berkunjung sedar dengan segera bergegas mengejutkan Alongnya yang sedang tidur mati akibat terlalu letih
"ALONGGGG BANGUN!! ABANG RIQ DAH SEDAR!!" kejut Arda sambil menggoncang badan Alongnya kuat
"Hurmm ngantuknya! Kenapa jerit-jerit ni?" kata Aryan yang masih tidak sedar bahawa Eariq telah sedar
"ALONGGGG!!! ABANG RIQ DAH SEDAR DARIPADA KOMA LA!" marah Arda
"Ohh dah sedar...HA? DAH SEDAR? BETUL-BETUL LA!" balas Aryan mamai lalu segera memandang adiknya dan terus memandang ke arah Eariq. Tanpa sedar mata air mata Aryan bertakung apabila melihat sahabat baiknya telah sedar

ANDA SEDANG MEMBACA
Badboy-Liebe [Diterbitkan]
FanfictionYou won't always be lucky if you bother people who are remains quiet - Alpha Sedikit pemberitahuan daripada Hazel⚠️ Novel DV's SECRET: ALPHA telahpun diterbitkan. Jika sesiapa yang ingin membelinya boleh pergi ke ig admin-admin Hazel dekat bio ig Ha...