Bab 5

14.2K 525 35
                                    

HAYYAN mengorak langkah menuju ke lif yang berada di dalam rumahnya. Rumahnya tiga tingkat jadi dia membuat lif di dalam rumahnya supaya memudahkan urusannya. Sesekali ada juga dia menggunakan tangga apabila rajin.

Sampai saja dia di tingkat bawah dia terus pergi ke ruang tamu. Briefcase yang berada di tangan di letakkan di atas sofa yang berada di ruang tamu. Rumahnya sunyi sepi tanpa ada suara manusia di dalam rumah. Hidup seorang diri memang sunyi tetapi di lebih suka untuk berdikari duduk sendiri.

Sampai di dapur dia terus membancuh air nescafe. Selesai membancuh air, dia duduk di island table. Roti gardenia perisa jagung di ambil sepeket lalu di sumbat ke dalan mulut. Macam inilah rutinnya setiap pagi.

Tak ada isteri nak tolong hidangkan makanan dan pakaian. Sendu betul, umur dah mencecah 28 tahun tetapi masih bujang. Makin hari, makin meningkat umur.

Air nescafe yang sudah suam di teguk perlahan sehingga habis. Setiap pagi dia hanya sarapan roti dan juga air sahaja sudah cukup baginya. Dia lebih gemar sarapan makanan ringan sahaja daripada makanan berat seperti nasi goreng.

Jam di tangan yang terlilit di pergelangan di teliti, jam menunjukan pukul 7.30 pagi. Dia harus berangkat kerja awal kerana takut jalan sesak. Sekarang ini sekolah sudah mula buka. Jadi mesti jalan sesak dengan kenderaan ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka untuk ke sekolah.

Briefcase yang berada di atas sofa di ambil lalu dia melangkah keluar dari rumah. Keluar sahaja dari rumah dia di sapa oleh pengawal peribadinya yang di amanah untuk menjaga rumahnya.

"Selamat pagi bos." Sapa Hairul ceria lalu menunduk hormat kepada Hayyan.

Hayyan mengangguk kepala kepada Hairul.

"Dah sarapan ke?" tanya Hayyan kepada Hairul.

"Dah bos, Arif beli tadi," jawab Hairul ceria.

"Banguslah, kalau ada apa-apa just call aku. Kalau perlukan sesuatu bagitahu aku jangan nak diamkan aje. Faham?" Hayyan memandang muka Hairul.

"Baik bos!"

"Arif mana? Tak nampak pun" Hayyan melilaukan kepalanya mencari kelibat Arif.

"Arif bertapa dalam tandas bos, dia sakit perut."

"Sakit perut?"

"Ya bos, dia ada salah makan kot." Hairul garu kepala yang tidak gatal. Banyak betul pertanyaan dari bosnya.

"Kalau Arif masih tak sihat, suruh dia pergi klinik lepas tu rehat. Rumah ni kau jaga dengan Farok. Mana Farok?" Hayyan mencari kelibat Farok.

"Farok ada dekat pool bos, tengah berenang bos."

Hayyan menggeleng kepala, budak si Farok tu memang. Ada je benda pelik nak di buat. Pagi-pagi macam ni mandi kolam.

"Hah kalau macam tu, aku pergi kerja dulu."

Hayyan melangkah ke arah garaj kereta. Dia masuk ke dalam kereta lamborghini urus berwarna hitam miliknya. Enjin kereta di panaskan sekejap sebelum keretanya menderu laju keluar dari mansion miliknya.

WIDELIA memandu keretanya dengan berhemah sambil mendengar lagu kpop. Pagi-pagi lagi dia sudah lesap dari rumah turun kerja awal. Sarapan pun dia tidak sempat takut lambat masuk kerja. Semalam dia sudah memaklumkan kepada ibunya yang dia keluar lebih awal.

First day dia harus menjaga kelakuannya dengan baik. Kalau tak tepati janji karang tak pasal-pasal tengah hari nanti dia sudah di berhentikan kerja.

Bosnya itu bukan boleh kira sangat. Tengok dari muka pun dah tahu tak ada hati perut. Widelia mencebik apabila mengingati yang sebentar lagi dia akan menghadap bosnya yang dia sendiri pun tak tahu nak explain macam mana.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now