Bab 43

9.2K 386 49
                                    

HAYYAN menyimpan bagasi miliknya dan juga isterinya di dalam bonet kereta. Pagi ini mereka bakal balik semula ke Kuala Lumpur. Hampir seminggu mereka berada di kampung terasa baru saja mereka di berada di kampung. Seminggu dia berada di  kampung banyak memori indah yang dia ciptakan bersama orang-orang yang tersayang, terutamanya dengan isterinya sendiri.

Hayyan kembali masuk ke dalam rumah semula. Dia masuk ke dalam bilik mahu berjumpa dengan isterinya yang masih bersiap. Matanya menangkap kelibat isterinya berdiri di hadapan meja solek yang baru mahu memakai shawl dia atas kepala. Dia melangkah ke arah isterinya.

Widelia menoleh apabila Hayyan berdiri di belakangnya.

"Ada barang yang masih tertinggal ke?" tanya Widelia.

Dia takut ada barang penting tertinggal di kampung. Rasanya tiada apa yang tertinggal kerana dia sudah beberapa kali memeriksa barang yang sudah di simpannya ke dalam bagasi takut ada yang tertinggal. 

"Of course ada, barang paling penting abang tertinggal dekat dalam bilik." Hayyan tersengih nakal.

"Barang apa? Rasanya Haizel dah simpan semua barang kita dalam bagasi." Widelia mengerut dahinya.

"Abang tertinggal isteri abang yang tercantik ni dekat dalam bilik." Hayyan terus melingkari tangannya di pinggang Widelia.

"Dasar mulut semanis madu." Widelia mencubit perut Hayyan geram.

Ingatkan barang penting apalah yang tertinggal tadi.

"Auch, jangalah cubit perut abang. Nanti roti abang rosak." Hayyan mendesis sakit apabila perutnya menjadi mangsa cubitan isterinya. Perutnya di gosok lembut menghilangkan rasa perit kesan dari cubitan.

"Abang ni dah kenapa makin hari makin mengada?" Widelia membebel sambil memakai shawl yang masih belum di pakaiannya.

"Mana ada mengada, cuma abang kekurangan kasih sayang dari isteri abang je." Hayyan menepis tangan isteri lembut dari memakai shawl.

"Abang ni, janganlah. Haizel nak pakai shawl ni." Widelia mendengus geram apabila Hayyan menepis tangannya dari memakai shawl.

"Biar abang yang pakaikan." Pelawa Hayyan. Di pusing badan isterinya agar menghadap dirinya. Dia mahu membantu isterinya memakai shawl.

"Abang reti ke nak pakaiankan?" Widelia memandang Hayyan dengan pandangan was-was.

"Mestilah reti, ini Raja Luth Hayyan okey. Semua benda dia reti buat." Hayyan mendabik dadanya. Angkuh.

Widelia mencebik. Angkuh betul bunyinya.

"Cepatlah pakaiankan Haizel shawl. Kita dah nak gerak ni." Widelia menarik tangan Hayyan agar memakaikannya shawl.

"Yalah." Hayyan terus memakaikan isterinya shawl. Penuh teliti dia melilit shawl isterinya agar kelihatan kemas.

Widelia mengulum senyuman apabila melihat wajah serius Hayyan saat melilit shawl di atas kepalanya. Serius macam ini pun nampak hot. Lama dia perhatikan wajah Hayyan sehingga matanya bertembung dengan mata Hayyan. Laju dia kalihkan anak matanya ke arah lain.

"Daripada tenung abang macam tu, baik Haizel kiss abang je. Dapatlah juga pahala." Hayyan mengusik Widelia.

"Mana ada Haizel tenung abang. Perasan betul." Widelia menyangkal.

Hayyan ketawa kecil. Tak nak mengaku pula dah. Bukan dia tidak nampak isterinya tenung dirinya seperti mahu di telan dirinya. Dia pula yang malu apabila di tenung di perhatikan seperti itu.

"Iyalah tu, tak nak mengaku pula," usik Hayyan lagi. Seronok pula dia mengusik isterinya.

"Ish betullah." Widelia menjuling biji matanya tanda menyampah.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now