Bab 57

6.7K 298 17
                                    

JAUH Hayyan termenung memikirkan keadaan isteri yang telah di culik. Dia sekarang berada di balai bersama Wais menanti berita kehilangan isterinya. Masuk hari ini, sudah sehari isterinya hilang. Mereka belum lagi mendapat maklumat tentang kehilangan isterinya. Lokasi isterinya turut belum di ketahui di mana.

Pihak polis masih berusaha mencari lokasi isterinya. Di tambah sekarang, Hayyan semakin buntu apabila mendapat  berita yang ayah mentuanya turut hilang. Sampai sekarang ayah mentuanya belum balik ke rumah. Mereka turut membuat laporan tentang kehilangan Encik Hamri.

Hayyan mengeluh berat. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan keadaan isterinya yang sudah terlalu sarat mengandung. Selera makan dia turut mati apabila mengenangkan isterinya.

Dia terlalu bimbang akan isteri dan ayah mentuanya yang belum di jumpai. Di tambah pula, keadaan Farok sekarang ini sangat kritikal. Dia berharap semuanya di permudahkan. Dan Farok melepasi tahap kritikal.

Dia kembali mengeluh, entah kali ke berapa dia mengeluh dia sendiri tidak terkira. Dia menoleh apabila bahunya di tepuk perlahan.

"Kau okey?" tanya Wais sebaik saja dia melabuhkan duduk di sebelah Hayyan. Dari tadi dia perhatikan adik iparnya hanya termenung.

"Aku okey," jawab Hayyan dengan anggukan.

Wais mengangguk. Di pandang adik iparnya sekilas. Mereka berdua menanti Denver di bilik kerja Denver sementara menanti Denver balik dari mesyuarat.

"Banyak benda yang berlaku dalam sekelip mata. Abah dengan adik hilang, di tambah lagi Farok kritikal,"

"... aku risau Hayyan, andai salah satu mereka pergi. Aku belum kuat nak hadap semua tu," sambung Wais dengan nada bergetar. Dia menunduk setelah mengatakan itu.

"Janganlah fikir macam tu, kau kena sentiasa positif. Aku yakin sangat abah, Wid dengan Farok kuat." Hayyan menepuk-nepuk bahu Wais. Dia turut rasa seperti Wais. Tetapi dia yakin, Allah Maha mengetahui. Dia yang izinkan kejadian ini berlaku kerana Dia mahu menguji hamba-hambanya. Segala yang terjadi kepada kita dan di dalam kehidupan ini adalah ketentuan yang telah ditakdirkan cukup baik untuk setiap hamba-Nya. Allah SWT yang Maha Bijaksana lebih mengetahui sesuatu yang terbaik dan sesuai untuk setiap manusia.

"Hasbunallah, wani'mal wakil, wani'mal mawla, wani'man nasir. Cukup Allah tempat kita berserah diri, Allah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong."

"Cukup ada Allah di sisi kita, yang mustahil akan menjadi mungkin," sambung Hayyan lagi. Dia menasihati Wais dan juga dirinya sendiri.

Wais mengangguk faham apabila mendengar kata-kata Farok. Setiap apa yang di kata Hayyan di dengarnya.

Klak!

Mereka berdua menoleh apabila pintu bilik Denver di buka dari luar. Terpancul tubuh Denver masuk ke dalam bilik.

"Aku ada berita gembira untuk korang berdua," ujar Denver lalu melangkah ke meja kerjanya. Kerusi kerjanya di tarik lalu punggung di labuhkan di atas kerusi.

Berkerut dahi Hayyan dengan Wais. Mereka saling berpandangan apabila mendengar ujaran Denver.

"Berita gembira apa?" tanya Wais ingin tahu.

"Kita orang dah jumpa koordinat lokasi Widelia dengan abah korang. Abah kau turut di culik dia. Sebelum Widelia di  culik, abah korang dulu kena culik." Terang Denver lalu membuka laptop. Laju jari jemarinya menekan keyboard laptop. Setelah dapat apa yang di carinya. Dia terus menghalakan skrin laptop kepada Wais dan Hayyan yang duduk bertentangan dengannya.

"Ni kawasan yang tempat Widelia berada. Dia ada dekat banglo terbiar yang berada di Kampung Sungai Lalang, Selangor." Denver menunjuk kawasan yang sudah di tandanya.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now