Bab 13

10.4K 449 61
                                    

HANIF IDRIS jejaka yang pernah bertahta di hatinya dulu dan pernah menjadi tunangnya juga dulu. Dia dengan Hanif berpisah kerana Hanif berlaku curang dengannya.

Kalau Didi tak bagitahu tentang kecurangan Hanif mesti dia akan merana kerana berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah cukup satu perempuan seperti Hanif. Dia cukup berterima kasih kepada Didi sahabat baiknya kerana memecahkan tembelang Hanif.

Widelia melangkah ke arah meja yang di duduknya tadi dengan wajah ceria. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Walhal di dalam hatinya sudah libang libu setelah bertembung dengan Hanif.

"Lamanya kau dekat tandas. Kau buat apa je dalam tu?" Duduk saja di tempatnya, dia di soal oleh Erin.

"Aku sakit perutlah. Tiba-tiba perut meragam." Tipunya.

"Lah ya ke? Dah okey ke?" tanya Erin risau.

"Tak dah, sakit sikit je. Kau janganlah risau sangat."

"Ish aku risaulah, betul ni kau okey?" tanya Erin kembali untuk memastikan Widelia baik-baik sahaja.

Widelia mengangguk lalu tersenyuman. Beruntung dia mempunyai kawan prihatin seperti Erin.

"Kalau kau tak okey, bagitahu aku tau." Erin meminta Widelia memberitahu tahu kepadanya jikalau gadis itu tidak sihat.

"Aip! Aip! Captain." Widelia membuat tabik hormat kepada Erin lagak seperti pekerja menerima arahan dari bosnya.

Hayyan yang berada di sebelah Raes diam-diam memandang wajah Widelia.

"Bro, kau tolong bayarkan makanan untuk kita orang eh." Raes menyenggol bahu Hayyan supaya lelaki itu membayar makanan mereka semua. Mimik muka comel di tanyangkan di hadapan Hayyan. Mata di kerdipkan beberapa kali. Ingat comel ke dia buat begitu?

"Banyak cantik muka kau." Hayyan menjeling Raes yang tengah menayangkan muka comel.

Ingat comel ke buat muka macam tu? Muka dah macam dugong ada hati nak buat muka comel.

"Ala bolehlah Hayyan...bayarkan untuk kita orang." Raes memuncungkan bibirnya.

"Aku ni bekerja keras memang nak bayarkan kau makan setiap masa." Hayyan memerli Raes.

"Sekali sekala belanja apa salahnya. Itu pun nak berkira ke?"

"Sekali sekala hangguk kau! Ini bukanya sekali sekala ini dah berkali-kali aku belanja kau. Kalau boleh setiap kali kau ajak aku keluar lunch mesti kau minta aku bayarkan kau makan." Bebel Hayyan seraya menunjal dahi Raes perlahan.

"Ish yalah aku bayar. Puas hati?" Raes memasamkam wajahnya apabila dahinya di tunjal oleh Hayyan. Ingat orang tak bayar zakat ke main tunjal-tujal dahi.

"Puas," ujar Hayyan selamba.

Widelia hanya mampu menggeleng kepala apabila melihat Raes dengan Hayyan bertikam lidah. Dah tua pun nak bergaduh juga ke?

Raes dengan wajah masam bangkit dari duduk untuk membayar makanan mereka semua. Dia melangkah ke arah kaunter pembayaran.

Hayyan ketawa kecil melihat wajah masam mencuka Raes apabila di paksa membayar makanan mereka semua. Dia menoleh ke arah Widelia yang kusyuk berborak dengan Erin dan juga Sabiha. Dia hairan melihat riak gadis itu seperti tiada apa yang berlaku.

Semasa dia mahu pergi ke tandas tadi, dia terserempak dengan Widelia. Dia terdengar pertelingkahan dari Widelia dengan seorang lelaki. Dia juga terdengar semua cerita yang keluar dari mulut gadis itu. Dia bukannya mahu menjadi penyibuk tetapi dia tertarik dengan pertelingkahan dari kedua manusia itu.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now