Bab 25

10.9K 494 29
                                    

SEPERTI yang di janjikan mereka berdua semalam. Widelia bersiap-siap mahu berjumpa dengan Hanif di temani oleh Hayyan. Dia hanya memakai baju kemeja berwarna putih dan seluar slack hitam. Tudung pula dia hanya mengenakan bawal plain berwarna cream.

Setelah puas dengan pakaiannya, dia terus mengambil sling bag lalu di sangkut di bahu. Sengaja bersiap lebih awal kerana dia tidak mahu bosnya tertunggu-tunggu dirinya. Selepas solat maghrib tadi terus dia menukar pakaian.

Dia melangkah ke arah dapur, tetiba tekaknya terasa haus. Gelas di ambil lalu dia menuju ke arah peti sejuk. Air kotak perisa oren di ambil lalu di tuang ke dalam gelas. Dia minum air untuk melegakan tekaknya.

"Belum pergi lagi ke dik?" tanya Puan Wardah yang baru masuk ke dapur.

Dia sudah di maklumkan oleh anaknya yang anaknya mahu keluar dengan bos anaknya sekejap atas urusan penting.

Pada mulanya dia tidak bersetuju anaknya keluar dengan lelaki walaupun lelaki itu bos kepada anaknya sendiri di malam hari. Kalau orang lain tengok tidak manis. Tetapi anaknya beria-ria meminta izin dengannya dan anaknya itu berjanji yang akan balik sebelum pukul 10 malam. Jadi mahu atau tidak dia izinkan juga. Asalkan anaknya pandai jaga diri dan balik ke rumah awal.

"Belum lagi ibu, tunggu bos adik ambil. Dia belum sampai lagi," ujar Widelia melangkah ke arah singki untuk membasuh gelas yang sudah di gunanya.

"Jaga diri, awak itu perempuan. Balik jangan lewat sangat tak elok kalau jiran nampak. Lagi-lagi kalau Aunty Rose itu nampak. Mahu di canangnya ke semua orang yang adik keluar dengan lelaki waktu malam." Pesan Puan Wardah tegas.

Widelia hanya mengangguk faham.

"Baik ibu."

Telefon Widelia berbunyi di dalam sling bag. Dia ambil telefon dari bag lalu dia menjawab panggilan dari bosnya.

"Assalamualaikum, aku ada dekat luar rumah kau ini. Bapa kau ada dekat rumah ke?" tanya Hayyan di sebalik talian.

"Waalaikumussalam, abah saya ke?"

"Hmm abah kau."

Widelia mengerutkan dahinya apabila bosnya bertanya tentang keberadaan abahnya.

"Sekejap bos." Pinta Widelia supaya menunggunya sementara dia bertanya dengan ibunya tentang keberadaan abahnya.

"Hmm..."

Widelia melangkah ke arah Puan Wardah yang sibuk menyimpan barang ke dalam kabinet.

"Ibu, abah ada ke dekat rumah?" tanya Widelia kepada Puan Wardah.

Walaupun dia tahu di waktu sekarang abahnya lebih suka berjemaah di masjid. Tapi mana tahu hari ini abahnya solat di rumah sahaja.

"Abah macam biasalah pergi solat dekat masjid dengan angah. Along ada dekat atas baru balik tak sempat nak pergi sekali. Kenapa tanya?" Puan Wardah berhenti membuat kerja apabila dia tanya.

"Tak ada apa, bos adik tanya," kata Widelia dengan sengihan.

"Sekejap tau ibu." Widelia pergi sedikit jauh dari ibunya.

Telefonnya masih melekap di telinganya.

"Sorry bos, abah saya tak ada dekat rumah. Cuma ibu dengan along saya aje ada dekat rumah." Beritahu Widelia kepada Hayyan.

"Lah ya ke? Kalau macam itu aku nak jumpa dengan ibu kau lah sekejap boleh?" Pinta Hayyan.

Makin berkerut dahi Widelia apabila mendengar pemintaan lelaki itu.

"Okey nanti saya bagitahu ibu saya. Kalau macam itu saya letak dulu."

"Aku tunggu dekat luar."

"Okey bos."

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now