Bab 40

10.4K 420 44
                                    

PAGI yang dingin mendamaikan rasa di jiwanya. Widelia berdiri menghadap sawah padi yang luas terbentang di hadapannya. Bunyi burung berkicauan di atas langit menambahkan lagi rasa ketenangan di jiwa.

Rumah atuk dan neneknya tidak jauh dengan sawah padi. Sawah padi milik atuknya hanya berada di seberang jalan saja.

Dia mendepa kedua belah tanganya sambil menghirup udara segar kampung. Sudah lama dia tidak merasa angin sejuk di kampung. Kerana bosan di rumah jadi dia pergi ke sawah padi.

Matanya di pejam rapat agar menikmati udara segar di awal pagi. Tenang, itulah yang di rasainya sekarang. Matanya yang terpejam terus terbuka kembali apabila ada tangan melingkari di pinggangnya. Dia tidak menoleh kerana dia tahu orang yang memeluknya dari belakang adalah Hayyan, suaminya sendiri. Hidungnya sudah sebati dengan bauan dari Hayyan. Bauan minyak wangi dari Hayyan turut memberi ketenangan di jiwanya.

"Puas abang cari Haizel, dekat sini rupanya. Kenapa tak kejutkan abang?" Hayyan merehatkan dagunya di bahu isterinya.

Bangun pagi tadi benda pertama yang dia cari adalah isterinya. Dia mencari isterinya di dapur tetapi tiada satu orang pun yang berada di dapur. Dia kembali mencari isterinya di luar rumah. Dari beranda rumah dia dapat melihat isterinya sedang berdiri menghadap sawah padi.

Widelia terus menyandarkan kepadanya di dada bidang milik Hayyan. Selesa, itu yang dia rasakan sekarang.

"Haizel malas nak kejutkan abang tidur. Abang nampak penat itu yang Haizel malas nak kejutkan abang."

"Haizel dah sarapan pagi ke?" tanya Hayyan.

Widelia menggeleng kepalanya tanda belum makan. Dia mahu menunggu Hayyan bangun baru dia akan bersarapan dengan suaminya.

"Belum lagi, tunggu abang bangun baru Haizel makan. Tak ada orang dekat rumah. Atuk, nenek, ibu, abah dengan angah sudah awal pagi pergi ke pekan beli barang untuk tahlil malam nanti. Bosan makan seorang diri jadi Haizel tunggu abang bangun."

Hayyan senyum mendengar ujaran isterinya. Amboi, ini yang makin sayang dekat isteri sendiri ni. Sanggup tunggu dia bangun tidur baru sarapan bersama dengannya.

"I love you sayang." Ucap Hayyan di telinga isterinya.

Kepala isterinya yang berlapik dengan tudung di ciumnya lama. Bibirnya tidak henti-henti tersenyum.

Widelia hanya senyum mendengar luahan Hayyan.

"Abang nak tahu sesuatu tak?"

Widelia memegang tangan Hayyan yang elok melingkar di pinggangnya.

"Tahu apa?"

"Bersaksikan langit, sawah sawah padi yang terbentang luas dan burung yang berterbangan bebas di atas langit. Haizel nak luah sesuatu dekat abang. Setelah lama Haizel berperang dengan perasaan Haizel sendiri. Sekarang Haizel dah mengerti dengan perasaan Haizel sendiri."

Widelia berpusing menghadap Hayyan. Mata Hayyan di tenung sedalam yang mungkin. Dia menghadiahkan senyuman manis untuk suaminya. Sudah tiba masanya dia meluahkan isi hatinya.

Telapak tangan Hayyan, Widelia lekapkan di dadanya.

"Hati ni, sudah penuh dengan nama seorang lelaki yang Haizel cintai. Lelaki yang sudah mencuri hati Haizel. Lelaki yang sudah membuat Haizel ketagih dengan dia. Lelaki yang sudah membuat seorang Widelia Haizel tidak boleh berhenti dari mencintai lelaki itu. Abang nak tahu siapa lelaki yang bertuah itu?" tanya Widelia. Kening di angkat sebelah.

Hayyan menatap wajah isterinya dengan pandangan redup. Dia mengangguk mahu tahu siapa lelaki yang bertuah dapat memenangi hati isterinya.

Widelia menjengket kedua belah kakinya lalu kedua pipi Hayyan menjadi sasarannya. Laju-laju dia mencium pipi Hayyan.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now