Bab 61

7.7K 327 54
                                    

SUASANA rumah Encik Satar riuh rendah. Semua anak dan cucunya balik ke kampung semalam kerana hari ini merupakan hari bahagia Wais dengan Hudna. Denver, Farok, Hairul dan Alif turut tidak ketinggalan balik ke kampung. Majlis perkahwinan Wais dengan Hudna di adakan di rumah Hudna saja.

Widelia sibuk memakaikan anaknya dress bewarna purple yang di beli Wais sendiri khas untuk anak saudaranya. Sebentar lagi majlis akad nikah Wais bakal berlangsung. Tema mereka sekeluarga di majlis akad nikah Wais adalah warna purple atas permintaan Wais sendiri.

Dia turut memakaikan Hessa headband berwarna putih. Dia tersenyum berpuas hati melihat Hessa kelihatan anggun.

"Cantiknya anak mama ni, pandai ya Pak Long awak belikan dress untuk Hessa." Puji Widelia dengan senyuman setelah selesai menyiapkan anaknya.

Di gomol geram pipi anaknya. Terkekeh si kecil sehingga menampakkan gusi merahnya apabila di gomol.

"Amboi seronoknya dia ni." Pipi Hessa di cubitnya geram pula.

Dia menoleh apabila pintu bilik di buka dari luar. Dia senyum apabila Hayyan masuk ke dalam bilik.

"Hessa dah siap ke?" tanya Hayyan sebaik saja masuk ke dalam bilik. Kakinya melangkah ke arah katil di mana anak dan isterinya berada.

"Dah siap dah." Widelia angguk.

"MasyaAllah... cantiknya anak baba ni." Puji Hayyan dengan senyuman. Dia melabuhkan punggungnya di biral katil.

"Mestilah Hessa cantik baba, tengoklah mama kita. Mama kita cantik mestilah anak dia cantik," kata Widelia dengan nada keanak-anakkan. Seolah-olah yang mengatakan itu adalah Hessa.

Hayyan ketawa kecil. Puncak hidung isterinya di kepit geram.

"Yalah, mama dia cantik mestilah anak dia cantik kan." Hayyan mengiayakan kata-kata isterinya.

"Sayang pergilah bersiap. Biar abang yang jaga Hessa." Arah Hayyan lalu mengangkat tubuh anaknya perlahan.

"Hmm... yalah."

Widelia terus bersiap dengan kadar segera. Tinggal sejam lagi majlis akad nikah Wais berlangsung.

Hayyan mengagah anaknya sehingga si kecil mengekek suka. Di gomol pipi anaknya geram. Part yang paling dia suka adalah mengomol pipi tembam anaknya. Badan anaknya bukan main lagi semangat. Minum susu ibu itu yang badan dia semangat.

"Hessa suka ya kena agah?" tanya Hayyan kepada si kecil walaupun dia tahu anaknya belum reti lagi menjawab.

Hessa hanya menjawab dengan bahasanya sendiri.

Widelia yang sudah siap berkemas pergi ke arah suami dan anaknya di katil.

"Abang jom, Haizel dah siap." Widelia teurs mengambil beg kecil yang berisi botol susu dan barang kepeluan anaknya di atas meja yang berada di tepi katil.

Hayyan mengangguk dan dia bangun dari duduk sambil mendukung Hessa.

Mereka bertiga keluar dari bilik. Masing-masing sudah segak.

Sampai di ruang tamu, semua sudah ada di situ kecuali mereka bertiga. Jakpar turut berada di situ. Widelia memerhati kesemua yang ada di situ. Semua ada kecuali Wais? Mana pula pergi si Wais?

"Mana along bu?" tanya Widelia hairan apabila Wais tiada di ruang tamu.

"Aik! Bukan ke along cari adik ke tadi? Dia cakap nak suruh adik tolong pakaikan dia kain samping," kata Puan Wardah hairan.

Makin berkerut dahi Widelia.

"Tak ada pula dia cari adik dekat bilik."

Puan Wardah mengangkat bahunya tanda dia juga tidak tahu. Peninglah kepala dia dengan anak sulungnya itu.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now