Bab 60

8.5K 324 26
                                    

PANDANGAN di hala ke luar tingkap kereta. Jauh Widelia termenung memikirkan kejadian hitam yang berlaku di dalam hidupnya. Hari ini genap lima bulan kejadian hitam yang berlaku di dalam hidupnya. Siapa sangka kawan baik yang di anggap seperti keluarga sendiri berdendam dengan keluarganya walaupun keluarganya tidak bersalah. Kerana dendam dia hilang seorang kawan baiknya yang tidak bersalah seperti Radhia. Dia tahu ajal Radhia sudah sampai ketika itu, tetapi dia masih tidak boleh lupa cara kematian Radhia.

Dia juga tidak menyangka yang Didi turut menyimpan perasaan terhadapnya ketika itu. Di sebabkan dendam, Didi kuburkan rasa cintanya terhadap dirinya.

Hayyan yang tengah memandu kereta mengerling sekilas isterinya yang hanya diam memandang ke arah luar kereta. Dari tadi dia perasan yang isterinya hanya diam. Tidak bising seperti selalu. Dia tahu emosi isterinya terganggu. Tanpa banyak bunyi Hayyan terus menghentikan keretanya di bahu jalan. Walaupun dia berhenti di bahu jalan isterinya tetap diam saja.

Hayyan duduk menghadap isterinya yang masih bereaksi seperti itu. Jemari isterinya di gengggam.

Widelia terkejut apabila jemarinya di genggam tiba-tiba. Hilang terus apa yang tengah di fikirnya tadi. Dia memandang suaminya yang turut memandangnya.

Berkerut dahinya.

"Bila masa abang berhenti?" tanya Widelia hairan apabila kereta yang di pandu Hayyan berhenti di bahu jalan.

Hayyan hela nafas perlahan. Bibir di ukir untuk sang isteri.

"Sayang ada masalah ke?" tanya Hayyan lembut. Jemari isterinya di mainkan.

Widelia geleng kepala tanda tiada masalah.

"Betul ni?" Duga Hayyan. Anak mata isterinya di tatap lembut.

"Betullah," jawab Widelia. Dahi di kerutkan.

"Kenapa abang tanya?"

"Sayang macam ada masalah aje. Dari tadi abang tengok sayang diam je macam tengah fikirkan masalah negara pula," ujar Hayyan.

Widelia ketawa kecil. Masalah negara? Lambat lagi dia nak fikirkan masalah negara. Masalah sendiri pun dia tak dapat nak fikirkan. Inikan pula nak fikirkan masalah negara.

"Mana adalah." Sangkal Widelia.

"Habis tu, kenapa diam je dari tadi?"

Widelia menunduk. Jarinya menguis-nguis telapak tangan Hayyan.

"Sweetheart kenapa ni? Cuba cerita dekat abang. Abang susah hati tau tengok sayang asyik diam, kalau tak diam mesti termenung." Pujuk Hayyan lembut.

Widelia panggung wajah. Di tatap anak mata Hayyan sedalam yang mungkin. Hayyan turut menatap anak mata isterinya.

"Haizel cuma teringat kisah lima bulan yang lepas." Luah Widelia perlahan.

"Haizel cuma tak sangka, orang yang Haizel anggap keluarga sendiri sanggup khianat Haizel." Widelia hanya senyum. Tetapi senyuman yang terukir di bibirnya adalah senyuman pahit.

Hayyan hanya mendengar tanpa menyampuk sedikit pun. Dia biarkan isterinya meluahkan apa yang terbuku di hati isterinya.

"Haizel maafkan dia cuma Haizel tak boleh nak lupakan apa yang pernah dia buat dekat Haizel, abah dan Radhia. Haizel tahu dia baik cuma dia tersilap langkah. Mata Didi di kaburi dendam. Didi rasa hidup dia hancur di sebabkan abah. Dia tolak kenyataan yang ayah dia sendiri yang hancurkan hidup dia." Luah Widelia lagi. Air matanya jatuh setitik. Kecewa, itu yang dia rasakan sekarang.

Hayyan segera menarik tubuh isterinya ke dalam dakapan. Di usap lembut belakang isterinya agar isterinya kembali tenang. Dia turut merasa sakit apabila melihat air mata isterinya jatuh.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now