Bab 31

11.3K 474 49
                                    

SEDAR tidak sedar sudah dua bulan masa berlalu. Widelia juga tidak menyangka yang hari ini adalah hari di mana  statusnya bakal berubah dari anak dara kepada isteri orang. Majlis akad nikah mereka di adakan di rumah agam milik keluarga Widelia.

Siapa sangka hidupnya bakal berubah segalanya selepas ini. Selepas ini dia bakal berkongsi segalanya kepada lelaki yang akan bergelar suaminya dalam beberapa minit sahaja lagi. Sekarang dia berada di atas pelamin di temani oleh ibunya.

Widelia menggenggam tangan ibunya erat tanda dia gementar. Puan Wardah menoleh ke arah anak perempuannya itu. Di usap tangan anaknya lembut tanda tiada apa yang di risaukan.

"Adik okey?" Puan Wardah berbisik di telinga anaknya.

Widelia menoleh ke arah ibunya lalu dia menghadiahkan senyuman kepada ibunya.

"Adik okey cuma gementar sikit," ujar Widelia perlahan.

Dia menarik nafas perlahan sebelum di hembus perlahan-lahan. Dia memandang ke arah lelaki yang akan bergelar suaminya tidak lama lagi duduk berhadapan dengan abahnya. Selesai mendengar khutbah nikah yang di sampaikan oleh tok kadi. Mereka akan memulakan lafaz akad nikah yang akan di lafazkan oleh pengantin lelaki.

Encik Hamri berdehem seketika sebelum memulakan lafaz akad nikah untuk anaknya perempuannya. 

"Raja Luth Hayyan bin Raja Lutfi, aku nikahkan dikau dengan anakku  Widelia Haizel Binti Muhammad Hamri dengan mas kahwinnya 1000 ringgit berserta seperangkat alat solat tunai!"

"Aku terima nikahnya Widelia Haizel binti Muhammad Hamri dengan mas kahwinnya 1000 ringgit beserta seperangkat alat solat tunai."

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Syukur alhamdulillah..." Encik Hamri mengucap syukur ke hadrat ilahi di atas ijab qabul anaknya berjalan dengan lancar.

Hayyan juga mengucapkan syukur di dalam hati.

Serentak dengan itu air mata Widelia jatuh setitis apabila lafaz akad di ucap oleh Hayyan. Ketika ini perasaannya bercampur baur. Dia menoleh ke arah ibunya yang sudah mengalirkan air mata. Terus tubuh ibunya di tarik ke dalam dakapannya. Di peluk erat tubuh ibunya.

Puan Wardah juga membalas pelukkan dari anaknya.

"Tahniah adik, dah jadi isteri orang. Ingat pesan ibu, kalau ada masalah di antara kamu dengan Hayyan berbincang elok-elok jangan buat keputusan melulu. Kalau tengah marahkan suami, kamu jangan tinggikan suara dekat suami kamu. Sebaliknya kamu kena redakan marah kamu dulu baru slow talk dengan suami. Adik kena bertolak ansur dengan suami. Ingat satu je pesan ibu, kunci kebahagian rumah tangga adalah kepercayaan. Hilang kepercayaan dia antara satu sama lain memang goyahlah rumah tangga."
Pesan Puan Wardah lembut. Dia mengusap kepala anaknya lembut. Air mata anaknya di sapu lembut.

"Baik bu, adik ingat sampai bila-bila. Terima kasih ibu sebab dah besarkam adik dari kecil sampai sekarang. Terima kasih sentiasa tegur adik bila adik ada buat salah. Terima kasih ibu kerana jadi ibu yang terbaik untuk adik. Adik sayang ibu dunia dan di akhirat." Makin laju air mata Widelia apabila menuturkan ayatnya.

Encik Hamri menoleh ke arah anaknya yang sedang berpelukkan dengan isterinya. Air mata lelakinya jatuh di saat satu-satunya anak perempuan yang dia ada sudah tidak berada di bawah tanggungannya

"Dah jangan nangis. Tak cantik dah anak ibu ni. Nanti suami adik lari tengok muka buruk adik, ibu tak tahu." Usik Puan Wardah kepada Widelia. Mereka meleraikan pelukkan mereka.

Widelia ketawa kecil. Air matanya di sapu menggunakan tisu yang ada di tangannya. 

Setelah selesai lafaz akad nikah, Hayyan bangun dari duduk lalu melangkah ke arah isteri dan juga ibu mentuanya. Sampai di atas pelamin Hayyan terus bersalam dengan ibu mentuannya. Di kucup lembut tangan ibu mentuanya.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now