Bab 30

11.5K 476 48
                                    

WIDELIA yang sudah bersiap mahu turun kerja melangkah keluar dari biliknya. Berkerut dahinya apabila rumah mereka sunyi sepi. Biasanya waktu ini sudah riuh rendah rumah mereka dengan suara Wais. Entah tiba-tiba hari ini sunyi saja.

Dia melangkah ke arah bilik Wais. Entah mengapa hatinya di pagut rasa risau. Pintu bilik Wais di dekati.

Tok! Tok!

"Along." Widelia memanggil Wais tetapi tiada sahutan.

Dia mengetuk pintu bilik Wais terlebih dahulu. Tombol pintu bilik Wais di pulas. Nasib baik abangnya memang sejenis yang tidak suka mengunci pintu bilik. Masuk saja dia ke dalam bilik abangnya, dia melihat abangnya elok berselubung di dalam duvet. Dia mendekati abangnya.

"Along tak masuk office ke?" Widelia menarik duvet yang menutupi wajah Wais.

Wais merengek kecil. Di tariknya semula duvet yang di tarik oleh adiknya tadi. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Widelia memandang wajah merah abangnya. Di tarik semula duvet Wais. Berkerut wajahnya apabila melihat wajah Wais memerah. Dia merasakan haba panas dari badan Wais.

"Along demam ke?" tanya Widelia risau.

Wais hanya diam. Matanya terpejam erat menahan rasa sakit di kepala. Sudah lama dia tidak di serang demam. Kerana terlalu banyak menangis ini lah padahnya. Dia akan demam apabila banyak menangis.

Widelia melekapkan telapak tangannya ke dahi Wais. Panas. Abangnya demam rupanya.

"Along demam ni. Along dah makan ubat ke?" tanya Widelia prihatin.

Widelia menggeleng kepala apabila suhu aircond di dalam bilik abangnya rendah. Sudah tahu diri itu demam masih nak pakai aircond. Dia mematikan aircond di bilik Wais lalu kipas angin di pasangnya untuk menyelesakan abangnya. Sling bang yang di sangkut di bahu di turunkan lalu di letak di atas meja kerja abangnya.

"Along tunggu sekejap adik nak turun bawah ambil ubat."

Widelia turun ke bawah untuk mengambil ubat demam untuk abangnya. Abangnya itu kalau dah demam memang langsung tak larat nak angkat. Belum lagi di tambah perangai manja abangnya itu keluar apabila demam. Boleh naik pening otaknya nak melayan.

Sampai di dapur, dia terus  pergi ke arah kabinet yang berada di dapur. Kabinet di buka lalu dia mencari ubat di dalam bekas khas untuk meletakkan segala jenis ubatan. Panadol di ambil sepapan dan segelas air putih. Tidak lupa juga sebungkus roti gardenia di ambil untuk di beri kepada abangnya mengalas perut untuk makan ubat.

"Wid pening kepala ke?" Mak Teh bertanya apabila melihat gadis itu menatang dulang. Di dalam dulang berisi segelas air putih, sepapan panadol dan sebungkus roti.

Widelia menoleh ke arah Mak Teh.

"Bukan Wid, tapi along. Dia demam. Boleh tak nanti Mak Teh masakkan bubur untuk along. Sementara tunggu bubur masak, Wid bagi roti dulu dekat along buat alas perut sebelum di makan ubat." Widelia meminta Mak Teh memasak bubur untuk abangnya.

"Yalah, nanti Mak Teh masakkan bubur untuk dia." Mak Teh terus mengeluarkan isi ayam untuk di campur ke dalam nasi bubur.

"Terima kasih Mak Teh. Wid naik dulu."

Widelia naik semula ke tingkat atas. Dia masuk ke dalam bilik Wais tetapi kelibat abangnya tiada di atas katil. Dulang yang berada di tangan di letakkan di atas meja yang berada di bilik Wais.

Uwerk! Uwerk!

Telinganya menangkap bunyi orang tengah muntah. Laju kakinya melangkah ke arah bilik air abangnya.  Masuk saja di ke dalam bilik Wais, dia melihat Wais sudah duduk bersimpuh di tepi mangkuk tandas sambil mengeluarkan apa yang ada di dalam perut.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now