Bab 45

8.5K 366 35
                                    

WIDELIA tengah bersiap mahu keluar bersama Haura, bakal kakak iparnya. Haura mengajaknya membeli barang hantaran untuk majlis dia dengan Hazir nanti. Hazir dengan Huara bersetuju untuk mempercepatkan majlis perkahwinan mereka hujung bulan nanti.

Blouse plain berwarna putih dengan seluar slack bewarna hitam menjadi pilihanmya hari ini. Dia duduk di atas kerusi meja solek. Facial moisturizer di capainya lalu di sapu di seleuruh wajahnya. Perlahan-lahan dia mengosok lembut pipinya.

Hayyan yang baru keluar dari bilik air melangkah ke arah isterinya yang sibuk bersolek di hadapan cermin. Dia sudah siap mahu pergi ke production plant. Hari ini hari cuti tetapi dia perlu pergi ke sana kerana ada urusan penting yang harus dia selesaikan di sana.

"Haizel dah okey ke? Kalau tak okey bagitahu dekat angah yang Haizel tak boleh temankan. Abang risaulah." Hayyan berdiri di belakang isterinya sambil memerhati tingkah isterinya.

Widelia senyum kepada Hayyan di sebalik cermin.

"Abang janganlah risau, Haizel  dah okey. Mungkin tadi perut Haizel masuk angin itu yang muntah," jelas Widelia sambil mengoles lip balm di bibirnya. Dia malas mahu make up tebal-tebal. Dia lebih suka make up nipis.

"Abang cuma risau." Hayyan menggosok kepala isterinya lembut.

Widelia bangun dari duduk. Dia berdiri menghadap Hayyan lalu tangan Hayyan di capainya lembut.

"Abang janganlah risau. Perut Haizel cuma masuk angin itu yang rasa nak muntah. Sekarang ni Haizel dah okey balik. Abang jangan risau okey," kata Widelia bersungguh-sungguh mahu meyakinkan Hayyan.

Kalau dia tak pergi nanti, kasihan pula  dengan Haura. Apabila mengingati wajah teruja bakal kakak iparnya yang dia bersetuju mahu ikut bersama mereka. Tidak sampai hati pula dia nak cancel plan mereka. Lagi pun dia sudah okey, jadi tidak salah kalau dia pergi saja.

"Okeylah, nanti kalau tak okey bagitahu je dekat angah yang Haizel tak larat. Kalau angah tak boleh nak hantar, Haizel call je abang. Nanti abang ambil okey?" Pesan Hayyan seraya mencium tangan isteriya lembut.

Dia risau akan isterinya. Dia mahu menemani isterinya tetapi dia ada hal penting dekat production plant syarikatnya. Jadi dia tidak dapat mengikuti isterinya keluar bersama Hazir dengan Haura.

Widelia hanya mengangguk. Risau betul Hayyan dengannya. Dia bukannya sakit teruk. Dia cuma mual saja. Tekaknya sebelum subuh tadi asyik loya. Sebelum subuh tadi dia sudah bertapa di dalam bilik air. Segala isi yang ada di dalam perutnya di keluarkannya. Nasib baik sekarang ini dia okey.

"Okey, pesanan anda di terima wahai Encik Suami." Widelia tersengih.

"Okey, nanti kalau dah gerak call abang tau."

"Okey."

Hayyan mengangguk seraya mencapai jam tangan miliknya lalu di lilitnya di pergelangan tangannya. Telefon miliknya yang berada di atas meja turut di capainya.

"Abang pergi dulu. Jaga diri." Hayyan kembali melalangkah ke arah isterinya.

Tangan di hulur dekat Widelia. Widelia menyambut huluran tangan Hayyan lalu di salamnya tangan Hayyan penuh hormat.

"Abang pun jaga diri. Hati-hati drive." Pesan Widelia setelah selesai menyalam tangan suaminya.

"Ya, abang pergi dulu. Jaga diri, Assalamualaikum." Pesan Hayyan sekali lagi. Dia mencium kedua belah pipi dan dahi isterinya lembut.

Widelia hanya mengangguk seraya tersenyum suka apabila di perlakukan seperti itu. Alahai, kena cium pun dah kuak lentang rama-rama dalam perut. Ehek...

Dia menghantar langkah suaminya keluar dari bilik. Dia kembali bersiap mahu keluar dengan abangnya dan bakal kakak iparnya. Tudung bawal plain berwarna hitam yang berada di atas katil dia ambil lalu di pakaiannya.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now