Bab 42

9.5K 368 71
                                    

AWAL pagi lagi Jakpar sudah tercongok di hadapan rumah Encik Satar menanti Wais dengan yang lain bersiap-siap mahu ke dusun milik Encik Satar. Sekarang musim buah-buahan, semua pokok yang di tanam Encik Satar berbuah.

"Atan!  Lama lagi ke?" Jakpar duduk di atas tangga rumah Encik Satar.

Dari tadi dia menanti Wais bersiap. Encik Satar dengan Encik Hamri selepas solat subuh tadi mereka sudah pergi ke dusun mengutip buah durian yang sudah luruh.

"Sabarlah Jakpar oi!" Laung Wais dari dalam rumah sambil memakai seluar tracksuit dengan baju lengan panjang.

Jakpar mengeluh kasar. Semalam bukan main lagi Wais berjanji dengannya mahu pergi ke dusun awal. Bila dia datang ke sini tadi, Wais dengan yang lain masih lagi terbongkang tidur. Janji melayu biasalah mana nak di tepati.

Denver dengan Thaqif sudah bersiap mahu pergi ke dusun. Mereka berdua paling awal bersiap.

"Jakpar, dusun atuk jauh ke?" tanya Denver ingin tahu. Suaranya di kuatkan agar Jakpar mendengar pertanyaanya.

"Jauh tu taklah juga. Cuma dekat hujung kampung tu je, kalau jalan kaki mahu semput juga nak sampai dekat sana." Jakpar membetulkan kedudukkan topi mengkuang dia atas kepalanya.

Denver hanya mengangguk tanda faham.

"Jakpar, topi macam dekat atas kepala kau tu ada lebih tak? Aku nak pinjam boleh?" tanya Thaqif sekiranya Jakpar ada topi mengkuang lebih.

"Alahh, aku tak ada bawa roti. Kau lapar ke?" Jakpar mengerutkan keningnya.

Tak akanlah rumah Nek Timah tak ada roti langsung.

Thaqif ketawa tanda tidak percaya. Sabar Thaqif sabar. Dia pekak Thaqif jadi kau kena sabar. Salah kau juga bertanya dengan orang yang pekak, kan dah sakit hati.

"Tak apa lah. Tak jadi." Thaqif duduk di atas kerusi rotan yang berada di beranda rumah.

Berubah wajah Jakpar apabila mendengar kata-kata Thaqif.

"Tak baik tau, kau fitnah aku." Jakpar mencebik.

Thaqif ni muka je nampak baik tapi kaki fitnah.

"Fitnah apanya? Bila masa aku fitnah kau?" Thaqif mengerutkan keningnya tanda tidak faham. Suaranya di kuatkan agar Jakpar mendengar.

"Tadi kau fitnah aku, tak baik kau fitnah aku main judi." Jakpar menguis seluar yang di pakainya sambil kepala di tunduk menghadap kakinya sendiri.

Thaqif ternganga apabila Jakpar mengatakan yang drinya menfitnah Jakpar bermain judi.

Ya Allah...

Bila masa pula dia fitnah Jakpar bermain judi? Geram pula dia dengan Jakpar kawan si Wais ni. Pekak nauzubillah betul.

"Bila masa aku fitnah kau Jakpar. Aku kata, aku tak jadi pinjam topi kau!" Thaqif menepuk dahinya kuat.

Parah. Kesabarannya menipis apabila bercakap dengan Jakpar. Patutlah si Wais tu boleh stres dengan Jakpar. Seksa betul bercakap dengan Jakpar.

Denver sembunyi senyuman apabila melihat wajah geram Thaqif. Sabar jelah hadap pekak Jakpar.

"Jomlah aku dah siap." Wais sudah berdiri di tepi Jakpar.

Topi yang berada di tangannya di pakaikan di atas kepala. Dia sudah bersiap pergi je dusun.

"Kita naik kereta jelah. Naik motor mana cukup. Lagi pun semua orang dekat rumah ni nak pergi dusun. Kita makan buah durian dekat dusun baru syok," ujar Wais dengan wajah tidak sabar mahu menikmati buah durian.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now