Bab 39

10.5K 410 83
                                    

AWAL pagi lagi Wais sudah berdiri tercongok di hadapan cafe milik Hudna. Pagi ini dia mahu bertolak ke kampung ibunya. Sebelum balik dia mahu berjumpa dengan kekasih hati. Ceh! Kekasih hati apanya kalau tak kena layan. Declare jadi kekasih hati pun belum ada hati mengaku Hudna Kalsom sebagai kekasih hati. Berangan betul kau Atan.

Dia mencari kelibat Hudna di dalam cafe tetapi tiada. Meja kaunter di hampiri. Ada seorang perempuan yang menjaga kaunter.

"Hai, selamat pagi. Cik Hudna ada tak?" Wais bertanya kepada cashier yang berada di kaunter.

"Selamat pagi Encik Wais. Maaf, Cik Hudna tak ada. Dia bercuti balik kampung," jawab cashier tersebut.

Dia kenal kepada lelaki yang bertanya tentang bos mereka itu. Lelaki itu selalu makan di cafe mereka tidak kira siang atau pun malam. Sampaikan bos mereka pun naik rimas apabila lelaki itu selalu datang ke sini. Bukan apa, lelaki itu datang ke sini bukan nak makan sangat tetapi lebih kepada nak mengorat bos mereka.

Wais mengeluh hampa. Dia baru nak berjumpa dengan buah hati sebelum balik kampung nak bagi ucapan selamat tinggal. Alih-alih dia yang kena tinggal. Apalah nasib kau Wais.

"Ya ke? Berapa lama dia balik kampung?" tanya Wais ingin tahu.

"Saya pun tak pasti bila Cik Hudna akan balik sini. Dia cuma bagitahu yang dia balik kampung je," jawab cashier tersebut dengan senyuman nipis.

Wais mengangguk kepalanya tanda faham.

"Tak apalah. Terima kasih ya." Wais melempar senyuman untuk cashier tersebut.

"Sama-sama Encik Wais." Cashier tersebut turut membalas senyuman lelaki itu.

Dengan wajah hampa Wais keluar dari cafe. Dia kembali masuk ke dalam kereta mahu bertolak balik kampung. Masuk saja ke dalam kereta dia di tanya Hazir.

"Along buat apa dekat cafe tu?" tanya  Hazir yang duduk di sebelah sebelahnya.

Dia dengan Hazir akan bergilir-gilir memandu kereta balik ke kampung ibunya yang berada di Kedah.

"Jumpa awek, tapi dia tak ada. Dia balik kampung juga," jawab Wais hampa lalu memulakan pemanduannya.

"Dah ada pengganti ke?" sampuk Encik Hamri yang duduk di kerusi belakang bersama isterinya.

Mereka balik ke kampung menggunakan satu kereta sahaja. Anak bongsu mereka sudah tiba di kampung semalam. Menantunya itu terlebih excited nak balik kampung. Maklumlah menantunya itu tiada kampung. Kedua besannya itu orang bandar. Dia juga orang bandar, bila berkahwin dengan isterinya baru dia dapat merasa duduk di kampung. Bila nak balik kampung dia lah orang yang paling bersemangat nak balik kampung isterinya.

Wais tersengih mendengar pertanyaan dari abahnya. Pengganti? Of course lah ada, tetapi dia masih di dalam proses nak mengorat Kalsom yang jual mahal dengannya.

"Mestilah ada bah. Ini Wais Haider lelaki terkacak di abad ini. Jarang muka macam Wais ni tak laku." Wais mendabik dadanya.

Astagfirullah al-azim... Riaknya kamu.

Hazir di sebelahnya sudah mencebik menyampah apabila mendengar kata-kata abangnya. Susah kalau dapat abang yang masuk bakul angkat sendiri macam si Wais tu.

"Harap-harap kali ni bukan warga emas lagi." Perli Puan Wardah yang duduk di sebelah Encik Hamri. Wajah selamba di tayangkan.

Hazir ketawa kecil mendengar perlian   dari ibunya. Mantap bu!

"Janganlah di ungkit lagi ibu." Mulut Wais sudah muncung sedepa.

Janganlah di ungkit benda yang sudah berlalu. Ibu ni suka betul nak mengingatkan benda bodoh yang dia pernah lakukan.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now