Bab 26

9.7K 469 33
                                    

BUKU surah Yasin di tutupnya setelah selesai membaca surah Yasin untuk arwah Radhia. Pusara milik arwah Radhia di usap perlahan. Hatinya sayu apabila semua memori tentang mereka berlegar di ingatannya. Air mata yang mengalir di pipi di seka Widelia perlahan.

Hatinya pedih apabila memikirkan Radhia. Dulu dialah paling terkesan akan pemergian Radhia. Dia yang menyaksikan kejadian ngeri yang menimpa Radhia. Hanya dia seorang saja yang berada di tempat kejadian.

Makin lebat air matanya apabila mengingati memori indah mereka. Terhinjut-hijut bahunya menahan esakkan.

Flashback.

"Weh kalau suatu hari nanti aku kahwin kan, aku nak korang semua ada masa aku nikah nanti. Kalau salah seorang korang tak ada aku merajuk 10 hari," ujar Widelia dengan senyuman. Dia bergurau dengan sahabat baiknya.

Medina, Radhia dan juga Didi. Di dalam persahabatan mereka hanya Didi seorang lelaki dan tua 2 tahun dari mereka semua.  Pada mulanya hanya Medina saja kawan baiknya. Tetapi apabila menginjak ke alam kolej, dia dengan Medina berkenalan dengan Radhia dan Didi.

Mereka berempat tidak pernah berenggang. Bergaduh pun jarang, kalau gaduh-gaduh manja itu adalah. Tapi kalau bergaduh sampai tak bertegur sapa itu tak pernah lagi.

"Eleh kau, baru setahun jagung dah fikir pasal kahwin. Gatal betul," kutuk Didi selamba.

"Mana ada aku gatal. Aku cakap benda yang betul. Kalau jodoh aku sampai awal dari korang nak buat macam mana. Ah tak ada, aku nak korang ada masa aku kahwin nanti." Widelia mencebik.

"Kau ni kan Wid, gatal bukan main." Radhia mencubit kedua pipi Widelia geram.

"Entahlah budak ni, masih belajar lagi dah fikir pasal kahwin. Gatal betul." Medina pula menyampuk seraya ketawa. Tidak menyangka yang gadis itu berfikiran jauh.

"Alah kan aku dah cakap yang aku bukan gatal. Aku cakap kalau. Kalau di takdirkan jodoh aku datang awal dari korang nak buat macam mana." Bantah Widelia apabila di lebel gatal oleh ketiga sahabatnya.

"Kau ni, janganlah risau. Kalau kau kahwin aku orang yang pertama datang tolong makan dekat wedding kau. Tapi kalau aku sempatlah," ujar Radhia lalu ketawa kecil.

"Maksud kau? Kau nak pergi mana sampai tak sempat nak datang masa wedding aku nanti?" tanya Widelia hairan.

"Mana tahu masa tu aku tak ada lagi ke dekat dunia. Ajal, maut, rezeki dan jodoh semuanya di tangan Allah. Kalau umur aku tak panjang. Janji dengan aku yang kau tak nangis masa hari wedding kau. Aku nak kau happy masa wedding kau tanpa aku satu hari nanti," kataRadhia dengan senyuman.

Widelia, Medina dan juga Didi sudah berubah wajah apabila Radhia berpesan seperti itu. Tiba-tiba saja Radhia berkata seperti itu.

"Ish kau ini, janganlah kata macam itu. Aku tak sukalah kau cakap macam itu." Widelia mencebik tanda tidak suka Radhia berkata seperti itu.

"Yelah kau ni Radhia. Suka betul cakap yang bukan-bukan." Sampuk Didi dengan wajah marah. Tidak suka apabila perihal kematian di bangkitkan.

Medina hanya diam. Tidak tahu mahu berkata apa. Lidahnya kelu.

"Eleh kau orang ni, kan aku cakap kalau. Rahsia Allah mana kita tahu." Radhia menepuk bahu Widelia perlahan.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now