Bab 32

11.9K 487 31
                                    

SELEPAS isyak majlis resepsi mereka di adakan di Hotel Lagenta. Mereka berdua mengenakan persalinan songket berwarna baby blue. Itu adalah pilihan mereka sendiri atau lebih tepat pilhan Widelia. Hayyan hanya mengiyakan sahaja pilihan Widelia.

Mereka berdua menanti di hadapan dewan untuk masuk ke dalam. Ramai yang hadir di majlis resepsi mereka. Yang menghadiri majlis mereka adalah rata-rata dari pekerja Hayyan dan tetamu VIP dari kedua belah keluarga mereka yang terdiri dari rakan perniagaan kedua belah keluarga mereka. Dan tidak lupa juga rakan-rakan Hayyan dan juga Widelia.

"Are you ready sweetheart?" Hayyan memandang wajah gementar isterinya.

"Saya takutlah." Widelia membalas pandangan suaminya dengan wajah takut.

Hayyan ketawa kecil.

"Jangan risau, abang sentiasa ada di sebelah Haizel. Don't be afraid okay." Hayyan menenangkan isterinya.

Widelia hanya mengangguk. Hayyan menarik lembut tangan isterinya.

"Peluk tangan abang." Arah Hayyan lembut.

Widelia tanpa membantah terus memeluk lengan Hayyan. Di peluk erat lengan suaminya.

"Kau orang dah bersedia ke?"

Medina bertanya kepada kedua pasangan tersebut adakah sudah bersedia mahu masuk ke dalam dewan.

"Kita orang dah bersedia." Hayyan mengangguk kepada Medina dan juga Qariz yang merupakan pengapit mereka.

Makin berdebar dada Widelia di saat nama mereka berdua di umumkan supaya masuk ke dalam. Mereka berdua memulakan langkah masuk ke dalam dewan. Perlahan-lahan kaki mereka melangkah. Bibir mereka tidak berhenti tersenyum apabila ada yang mengambil gambar dan video mereka berdua.

Hampir 4 jam majlis resepsi mereka berlangsung. Kebanyakkan tetamu sudah mula beransur pulang. Hanya keluarga terdekat sahaja yang masih ada di dalam dewan. Di masa inilah mereka berborak panjang, maklumlah jarang bertemu kecuali ada majlis saja mereka dapat bertemu.

Dari tadi mulut mereka tidak henti-henti mengucap terima kasih kepada tetamu yang hadir. Mereka berdua duduk di atas kerusi untuk melepaskan lelah. Penat dia hanya Allah saja tahu.

"Assalamualaikum Delia, Hayyan." Hanif yang baru tiba menyapa mereka berdua.

Hanif berdiri di hadapan mereka berdua.

"Waalaikumussalam. Eh Hanif, awak baru sampai ke? Saya tak nampak awak pun tadi." Widelia terus berdiri apabila Hanif menyapa mereka.

"Saya baru sampai, tadi saya ada hal tak sempat nak datang awal." Tipu Hanif. Padahal dia sengaja datang lambat kerana tidak sanggup melihat wanita yang masih di cintainya sudah menjadi milik orang.

"Hanif, awak dah makan ke? Kalau belum awak pergilah makan." Hayyan bertanya kepada Hanif. Sengaja dia berdiri di sebelah Widelia dengan rapat lalu pinggang ramping isterinya di peluk.

Widelia hanya mampu mengeraskan badan apabila pinggangnya di peluk Hayyan. Dia ni sengaja nak bagi skru lutut aku longgar ke apa.

Hanif hanya tersenyum tawar. Jauh di sudut hatinya dia cemburu apabila melihat Hayyan berdiri terlalu rapat di sebelah Widelia. Tapi siapa dia untuk cemburu akan lelaki itu.

"Tak apalah, saya kena balik cepat sebab hal tadi belum selesai lagi. Saya cuma nak hantar hadiah untuk kau orang je. Sorry saya tak sempat nak makan."

Hanif menolak perlawaan Hayyan. Dia tidak boleh terlalu lama di sini. Cukuplah sekarang hatinya terseksa melihat wanita yang di cintainya sudah menikah. Dia tidak mahu sakitkan hatinya sendiri untuk melihat kemesraan suami isteri itu.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now