Bab 15

10.9K 428 50
                                    

HUJUNG minggu adalah hari yang paling di tunggu-tunggu oleh Wais. Hari di mana dia akan keluar dating dengan Baby Jah. Semalam dia sudah berjanji mahu berjumpa dengan baby Jah.

Wais mencuci wajahnya menggunakan pencuci brand Wardah White Secret milik Widelia. Sebelum dia tidur semalam, sempat dia rembat pencuci muka milik Widelia sewaktu gadis itu masih berada di bawah bersama Hazir yang tengah marathon Running Man semalam.

Penutup di buka lalu pencuci di picit sedikit di telapak tangan. Dia menggosok telapak tangannya sehingga gel pencuci tadi menjadi buih. Dia meletakkan buih tadi di atas muka lalu di gosok lembut di permukaan mukanya.

Fuh best betul pakai pencuci muka ini. Patutlah muka adiknya sentiasa lembut dan bersih saja dia tengok.

Setelah mencuci muka, dia membilas wajahnya dengan air. Selesai membilas dia memandang wajahnya di cermin.

"Wah best betul pakai pencuci muka ni, boleh lah aku rembat lagi pencuci muka adik lepas ni," ujar Wais lalu bertepuk tangan tanda suka.

Dia menilik mukanya di cermin, tidak semena-mena bibirnya melorek senyuman senget.

"Handsome betul aku ni, patutlah Baby Jah boleh jatuh cinta dekat aku." Puji Wais untuk dirinya sendiri. Di usap-usap wajahnya yang lembut setelah menggunakan pencuci Wardah White Secret.

Tok! Tok!

Terhinjut bahu Wais apabila mendengar bunyi pintu biliknya di ketuk bagai nak roboh.

"Nasib baik aku ni tak ada sakit jantung, kalau ada, memang dah gol terus aku rasa." Wais membebel dengan wajah jengkel.

Widelia mengetuk pintu bilik Wais kuat. Biasa si Wais ni tak kunci pintu bilik kecuali dia ada rembat barang orang. Widelia mendengus geram apabila abangnya tidak membuka pintu.

Widelia tidak mengalah, dia mengetuk lagi pintu bilik Wais dengan agak kuat, siap di tendangnya lagi pintu bilik Wais. Bergegar pintu bilik Wais di tendangnya. Nasib baik pintu bilik abangnya tak roboh.

"Oi budak! Robohlah pintu bilik aku ni." Bebel Wais yang baru keluar dari bilik air.

"Along bukak pintu ni cepat sebelum pintu ni adik robohkan!" ugut Widelia geram.

"Kau nak robohkan macam mana? Badan macam papan ada hati nak robohkan pintu orang." Perli Wais senada.

Bahenol punya abang. Badan dia yang macam model ni abangnya samakan macam papan? Buta ke apa? Memang buta pun, Baby Jah yang dah berumur itu pun dia boleh suka.

"Eh suka hati je nak bodyshaming orang. Tampor karang! Cepatlah buka pintu ni along!" Widelia tidak berhenti mengetuk pintu Wais.

Wais membuka pintu apabila pintu biliknya di ketuk serupa mahu roboh.

Sebaik saja dia buka pintu, dia terus di cekik Widelia.

"Mana pencuci muka adik? Along ni suka tau rembat barang orang tanpa izin. Ingat orang beli benda tu guna air liur ke?" Marah Widelia geram. Tangannya tidak di lepaskan dari mencekik leher Wais.

Terjelir lidah Wais apabila di cekik adiknya. Bukannya kuat pun Widelia cekiknya, over je lebih mamat ni.

"Lepas lah!" Wais menarik tangan adiknya dari mencekik lehernya.

"Along ni benci tau. Suka sangat curi barang orang." Widelia memasamkan wajahnya.

Pagi-pagi lagi dia sudah panas hati apabila pencuci muka kegemarannya hilang dari radar. Sudahlah itu stock terakhirnya. Wais ni ish geram betul dia! Sebal! 

"Bila masa orang curi, orang pinjam je," ujar Wais lalu hujung jari telunjuk di temukan. Acah-acah nampak comel gitu.

"Tak curi kepala hotak along." Sembur Widelia geram. Dia melangkah ke dalam bilik air Wais.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now