Bab 9

11.5K 518 50
                                    

HAYYAN berdecit geram apabila Hani dari tadi mengikuti langkahnya. Dia hanya pura-pura tidak mendengar namanya di panggil oleh Hani.

"Hayyan!"

Dia melangkah dengan laju masuk ke dalam lif. Panggilan dari Hani di biarkan tanpa di jawab.

"You!" Hani berlari anak menuju ke arah Hayyan.

Sesekali bibirnya memaki hamun Hayyan kerana mengabaikannya.

Hani yang tidak sempat menghalang langkah Hayyan terus menghentak kakinya kasar apabila tubuh Hayyan sudah masuk ke dalam lif.

Dia melangkah ke arah lif yang di gunakan Hayyan tadi. Dia tidak akan mengalah untuk memiliki Hayyan. Dia akan pastikan lelaki itu akan menjadi miliknya sekali lagi. Dia menyesal kerana berlaku curang terhadap lelaki itu.

Lift yang di naik oleh Hayyan tadi berhenti di aras di tempat terletaknya bilik pejabatnya. Dia melangkah keluar dari lift dan berlalu ke arah biliknya.

Dari jauh dia melihat susuk tubuh Widelia sibuk mengemas fail yang berselerak di atas mejanya. Bibir Hayyan melorek senyuman nipis apabila melihat pakaian yang di guna oleh gadis itu. Mimpi apa pula budak ni pakai baju kurung hari ni.

Hayyan melangkah ke arah gadis itu.

Ehem!

Dia berdehem kecil untuk menarik perhatian gadis itu.

Widelia yang sibuk menyusun fail dan kertas yang berselerak terhinjut bahunya akibat terkejut dengan deheman bosnya.

"Eh bos. Terkejut saya." Widelia menjeling bosnya geram.

"Mimpi apa kau hari ni pakai baju kurung?" Hayyan bertanya kepada Widelia dengan kening terangkat sebelah.

"Saya nak pakai baju kurung pun salah ke?"

"Tak salah, cuma aku hairan tengok kau tiba-tiba pakai baju kurung hari ni. Biasa kau suka pakai baju kemeja dengan blouse."

"Bos jangan nak hairan sangatlah. Kalau tak di sebabkan ibu saya suruh pakai baju kurung ni memang malas saya nak pakai. Rimas. Ibu saya suruh saya pakai baju kurung setiap hari jumaat baru nampak sopan di hari jumaat yang penuh barokah." Widelia mencebik apabila teringat akan pesanan ibunya.

"Betullah apa yang ibu kau kata tu, lagi pun kau nampak makin cantik bila pakai baju kurung ni." Puji Hayyan ikhlas.

Dia memang suka apabila melihat gadis itu memakai baju kurung. Nampak sopan dan cantik.

"Bos puji saya ke?" Kembang kempis hidung Widelia apabila di puji oleh lelaki itu.

"Tak lah, aku tengah puji mak cik cleaner tu."  Hayyan memuncungkan mulutnya ke arah Mak Maznah yang sedang mengelap pintu kaca bilik mesyuarat.

"Tanya pun tak boleh." Widelia mencebik.

"Dah, aku masuk dulu. Oh sebelum aku terlupa, kalau ada si bimbo tu cari aku kau cakap yang aku tak nak di ganggu." Hayyan berpesan kepada gadis itu lalu berpaling masuk ke dalam biliknya.

Widelia mengeluh malas. Ni yang malas ni bila berdepan dengan orang yang tak faham bahasa nanti. Dia dengan wajah malas pergi ke arah pantry mahu membuat air. Sebelum nak menghadap si bimbo tu dia perlu minum untuk ambil tenaga nak bertikam lidah dengan si bimbo tu.

Widelia membancuh air milo. Selesai membancuh air dia keluar dari pantry membawa mug dan sekeping roti bantal gardenia yang sempat di rembatnya tadi.

Dia terserempak dengan Erin dan Sabiha yang baru sampai di pejabat. Dia meleparkan senyuman kepada mereka berdua.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now