Bab 44

8.5K 373 54
                                    

LEBAR senyuman Wais melangkah masuk ke dalam cafe milik buah hatinya. Cewah buah hati. Kalau Hudna dengar yang dia mengaku Hudna buah hatinya mahu kena penampar sedas dari Hudna. Bunga tulip yang berada di tanganya di hidu. Kembang kempis hidungnya mencium haruman dari bunga tersebut.

Masuk saja dia ke dalam kafe, dia terus melangkah ke arah kaunter. Dia melemparkan senyuman kepada cashier yang berada di kaunter.

"Good morning, bos awak ada tak?" tanya Wais dekat cashier tersebut.

"Selamat pagi Encik Wais. Bos ada dekat bilik dia dekat tingkat atas. Encik Wais nak berjumpa dengan dia ke?"

"Ya, saya nak jumpa Hudna." Wais senyum.

"Sekejap ya, saya panggilkan dia."

"Eh tak apa, biar saya sendiri yang jumpa dia dekat atas. Awak boleh sambung kerja awak." Tegah Wais.

"Tapi nan..." Belum habis cashier tersebut habiskan ayatnya, Wais sudah naik ke atas mahu berjumpa dengan Hudna.

Dia sudah berapa kali naik ke atas berjumpa dengan Hudna walaupun berkali-kali dia di marahi Hudna kerana sesuka hati masuk ke gadis. Wais yang sememangnya tidak makan saman hanya aci redah saja masuk ke dalam bilik Hudna.

Tuk! Tuk! Tuk!

Wais mengetuk pintu bilik Hudna terlebih dahulu sebelum masuk.

"Siapa?" Laung Hudna sedikit kuat.

"Bakal suami kau! Aku masuk tau." Wais turut melaung.

Tanpa menunggu balasan dari Hudna Wais terus masuk ke dalam. Sebaik saja dia masuk ke dalam bilik kerja Hudna. Dia sudah mendapat jelingan maut dari Hudna. Dia hanya tersengih apabila di jeling Hudna.

"Kau buat apa dekat sini? Aku busy, kau baliklah." Halau Hudna malas sambil menyelak helaian kertas kerjanya.

"Tak nak, aku nak jumpa kau sebelum aku masuk kerja." Wais tanpa segan silu terus duduk di atas kerusi yang bertentangan tempat Hudna duduk.

Hudna berdecit geram apabila melihat wajah selamba Wais. Pagi-pagi lagi mood dia sudah merundum apabila melihat wajah Wais. Wais ni memang tak reti bahasa ke yang dia tak suka Wais? Nak dia cakap bahasa apa lagi baru lelaki faham.

"Bunga untuk kau." Wais menghulur  bouquet bunga tulip merah kepada Hudna.

Hudna tidak menyambut huluran Wais malah dia hanya memandang kosong bunga yang di hulur Wais.

Wais hanya mengangkat bahu. Dia meletakkan bouquet di atas meja Hudna. Jual mahal betul.

"Kau nak apa?" Hudna bertanya dengan wajah datar.

"Aku nak kau."

"Gila!"

"Memang. Memang aku gilakan kau. Aku dah jatuh cinta dekat kau Hudna Kalsom," ujar Wais sambil memandang wajah Hudna dengan wajah serius.

"Jangan jatuh cinta dekat aku. Aku tak layak untuk kau." Hudna memalingkan wajahnya ke arah lain sebaik saja dia menutur ayatnya.

"Siapa cakap? Bagi aku kau terlalu layak untuk aku."

"Balik Wais, aku tak suka kau cakap perihal perasaan. Aku dah cakap aku tak suka kau." Hudna mengeluh penat. Susah sangat ke Wais nak faham apa yang dia kata?

"I don't care Hudna. Aku cintakan kau, jadi aku tak nak berputus asa dalam memiliki kau."

"Please Wais, balik." Hudna menghalau Wais lagi.

"Kenapa Hudna? Kenapa orang yang aku suka, tak suka aku balik? Aku tak layak untuk kau ke? Tak boleh ke kau nampak aku? Sekali je Hudna. Sekali je aku nak kau nampak aku sebagai lelaki yang cintakan kau. Aku tak minta banyak, cukuplah kau cuba buka hati kau untuk aku." Wais meluahkan isi hatinya dekat Hudna. Sedih juga hatinya apabila Hudna langsung tidak nampak cintanya dekat gadus itu.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now