Bab 52

7.2K 302 27
                                    

DENVER melangkah ke dalam lobi syarikat milik bosnya dengan wajah dingin. Tiada senyuman langsung terhias di bibirnya. Pandangan dari pekerja perempuan bosnya hanya di hiraukan. Dia mengeluh, tak pernah nampak lelaki handsome ke apa? Getus hatinya. Sebaik saja pintu lif terbuka, dia terus masuk ke dalam lif. Dia ada berita yang harus dia sampaikan kepada bosnya segera. Sampai saja di aras tempat bosnya bekerja. Dia terus melangkah ke arah bilik bosnya. Dari jauh dia dapat melihat isteri bosnya tengah kusyuk membuat kerja. Isterinya bosnya itu sedikit degil. Tengah sarat pun tetap nak pergi kerja. Kakinya melangkah ke meja isteri bosnya.

"Assalamualaikum puan." Sapa Denver dengan senyuman nipis. Hanya dengan isteri bosnya dan juga ibunya kandungnya saja perempuan yang dia tidak lokek mahu menayang senyuman.

Widelia yang kusyuk menaip terus menoleh apabila di sapa. Automatik bibirnya tersenyum saat terpandang Denver. Orang kacak datang office. Kalau dia belum menikah, memang dia sudah mengorat Denver. Denver cukup lengkap, semua yang ada pada Denver cukup menarik perhatian perempuan termasuk dirinya. Kalau Hayyan tahu dia puji Denver memang dia dah kena sekeh kepala oleh Hayyan. Dia tersengih apabila wajah geram Hayyan terlintas di kepalanya. Denver berkerut hairan apabila melihat isterinya bosnya tiba-tiba tersengih.

"Puan okey?" Denver melambai-lambai  tangannya di hadapan wajah Widelia.

Widelia berdehem apabila di tegur Denver.

"Okey aje. Awak nak jumpa Hayyan ke?" tanya Widelia kepada Denver.

"Haah, dia ada dekat dalam ke?"

"Ada, awak masuk je." Arah Widelia lalu menunjuk bilik Hayyan.

"Okey, thank you puan. Saya masuk dulu," ucap Denver lalu melangkah ke bilik bosnya. Widelia hanya mengangguk lalu mengucap sama-sama di dalam hati.

Tuk! Tuk! Tuk!

Denver mengetuk pintu bilik Hayyan terlebih dahulu sebelum masuk.

"Masuk!"

Denver terus masuk apabila mendapat ke izinan untuk masuk. Masuk saja di dalam bilik, dia melihat lelaki itu sibuk menyelak kertas.

"Kau sibuk ke?" tanya Denver lalu melangkah ke meja Hayyan.

"Tak, kau duduklah." Arah Hayyan. Dia memberi tumpuan sepenuhnya terhadap Denver.

"Dah dapat petunjuk tu ke?" tanya Hayyan lalu memeluk tubuh. Badan di sandarkan di kerusi.

Denver mengangguk lalu mengambil amplop yang di selitnya di dalam jaket kulit yang di pakainya. Di ambil amplop lalu di serah kepada Hayyan. Tanpa banyak bunyi, Hayyan terus mengambil amplop yang di serah Denver. Dia menghela nafas berat terlebih dahulu. Beberapa kertas yang ada di dalam amplop di tarik. Di baca satu satu persatu butiran yang tertulis di dalam kertas itu.

Sebaik saja dia selesai membaca butiran tersebut, Hayyan terus menghentak kertas itu di atas meja. Dia mendengus kasar. Dia sudah agak! Betul tekaannya selama ini. Tengok dari mata kasar saja dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan si Dia.

"Dia dah plan benda ni dari awal. Mungkin tak lama lagi, permainan bakal bermula. Apa yang aku tahu, dia bukan hanya target isteri kau," bahas Denver serius.

"Maksud kau?" tanya Hayyan sedikit binggung. Kalau bukan hanya isterinya saja menjadi target, siapa lagi yang turut di buru?

"Semua ahli keluarga isteri kau."

Semakin berkerut dahi Hayyan. Kenapa? Apa yang pernah berlaku sebelum ini? Naik pening kepala Hayyan memikirkan.

"Lagi satu, aku dah selidik semua latar belakang ahli keluarga dia. Ayah dia pernah berkhidmat di syarikat mentua kau sebagai akauntan."

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now