Bab 14

10K 449 41
                                    

WIDELIA sekeluarga tengah bersarapan pagi bersama-sama kecuali Wais yang belum turun ke bawah. Widelia menjamah bihun goreng yang di masak ibunya. Mak Teh waktu macam ni memang belum masuk kerja lagi kerana ibunya menyuruh Mak Teh masuk kerja pukul 10 pagi. Tugas Mak Teh hanya mengemas sahaja, memberi ikan koi makan dan menolong apa yang patut sahaja.

Bahagian memasak dan dapur ibunya sendiri yang akan uruskan kerana ibunya lebih suka memasak untuk keluarganya makan.

"Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua cari tempat yang terang agar tidak pula mencoba aksi terlarang."

"Boleh pandang-pandang jangan pegang-pengang.
Duduk regang rengang bertambah sayang
Biar malu malu.
Biar segan-segan kerana malu itu perisai orang beriman."

"Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama.
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama.
Hantarkan rombongan meminang dengan segera.
Kalau terlambat kekasih mu di sambar buaya."

"Boleh pandang-pandang jangan pegang-pengang.
Duduk regang rengang bertambah sayang
Biar malu malu.
Biar segan-segan kerana malu itu perisai orang beriman."

Widelia dengan Hazir serta merta berhenti makan apabila mendengar suara Wais menyayi. Mereka berdua saling berpandangan apabila melihat kelibat Wais yang baru sampai di meja makan sambil menanyi lagu Kalau Berpacaran by Altimet, Suhaimi dan Ana Rafali.

"Semalam bukan dia tengah muram ke? Meluah perasaan bagai, ini apa pasal pagi ni kemain seronok menyanyi." Widelia berbisik di telinga Hazir dengan wajah pelik. Yalah pelik, Wais bukan main happy lagi pagi ni.

"Manalah angah tahu, mungkin semalam dia mimpi naik pelamin dengan Baby Jah kot." Hazir juga berbisik di telinga adiknya.

"Agaklah kot." Widelia ketawa kecil seraya memandang wajah ceria Wais.

Wais yang baru sampai di meja makan masih rancak menyanyi, bila sampai part rap bahagian Altimet bukan main bersemangat lagi Wais menyanyi.

"Yeah, kita sambung cerita
Kalau kamu berdua, aku yang ketiga.
Aku penambah perasa.
Akulah pendarab nafsu serakah.
Hai teruna, bikin perangai selamba.
Hati si dara kata tak apa.
Berani buat terima padah.
Kalau tak sedia, ucap syahadah."

Sempat lagi Wais meraba bahu abahnya. Encik Hamri tergeliat geli apabila di raba Wais.

"Kau ni dah kenapa long, gelilah abah." Terliuk lentok badan Encik Hamri apabila di raba-raba Wais.

"Hati tengah gembira ni bah," ujar Wais lalu duduk di kerusi yang berada di sebelah Puan Wardah.

"Gembira? Kenapa? Abah nak dapat menantu ke?" tanya Encik Hamri kepada Wais. Mana tahu tak

Uhuk! Uhuk!

Hazir yang tengah meneguk air teh tersedak saat mendengar pertanyaan abahnya. Widelia yang berada di sebelah Hazir menepuk-nepuk belakang abangnya. Soalan abah macam dah tahu-tahu je nak dapat menantu.

Wais tersengih apabila terpandang Encik Hamri. Hati tengah gembira di sebabkan baru dapat wish dari Baby Jah. Mananya tak happy.

"Abah tak kisah ke kalau along kahwin?" tanya Wais dengan kening sebelah terangkat.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now