Bab 12

11.4K 499 34
                                    

HARI ini Widelia mahu lancarkan perang dingin terhadap bosnya. Dia mahu mogok tidak mahu bercakap dengan bosnya kerana masih sakit hati pasal hal Mak Datin semalam. Beria-ria bosnya back up si Mak Datin tu. Huhh geram betul dia

Sampai sahaja bosnya di office pagi tadi, dia hanya menjalankan tugasnya seperti biasa hanya bersuara apabila memberitahu jadual tugasan bosnya hari ini. Hari ini dia tiada mood untuk bergurau dengan bosnya. Biarkan hidup bosnya bosan hari ni.

Tangannya yang sibuk menaip papan kunci macbook terus terhenti apabila interkomnya berbunyi. Dia menghela nafas penat. Nak apa pula dah si bos ni. Orang nak merajuk pun tak aman hidup asyik kena suruh itu, kena suruh ini dari tadi.

Walaupum merungut, dia tetap menjawab panggilan dari bosnya. Dia sengaja hanya diam dan membiarkan bosnya saja yang bersuara.

"Haizel, masuk bilik aku sekejap." Suara Hayyan memberi arahan.

Widelia hanya mendiamkan diri, arahan dari bosnya hanya biarkan di bawa angin.

"Sebelum masuk, tolong buatkan air nescafe aku seperti biasa." Hayyan bersuara lagi.

Widelia hanya membatu tanpa menjawab arahan dari bosnya.

"Betul-betul merajuk dengan aku lah ni?" Kedengaran suara Hayyan menahan ketawa.

Widelia menjulingkan matanya ke atas. Nak ketawa, ketawa ajelah tak payah nak tahan-tahan.

Tanpa membalas, Widelia terus mematikan panggilan dari Hayyan.

Dia bangkit dari duduk dengan malas. Dia melangkah ke arah pantry untuk membuat air nescafe untuk bosnya. Walaupun dia tengah mogok tetapi kerjanya tetap jalan. Di cuma tak nak bercakap dengan bosnya yang menyakitkan hati.

Siap membancuh air dia melangkah ke bilik kerja bosnya tanpa mengetuk pintu. Dengan selamba dia melangkah ke arah lelaki itu yang kusyuk membuat kerja.

Tanpa kata, dia menghulurkan mug berisi air nescafe kepada lelaki itu.

Hayyan yang sibuk menandatangani kertas terhenti apabila melihat mug di hulur ke arahnya. Dia mengangkat kepalanya ke atas untuk melihat gadis itu. Nak tergelak dia melihat wajah geram gadis itu.

"Kau merajuk lagi ke Haizel?" Hayyan bertanya kepada Widelia.

Widelia berdecit apabila mendengar pertanyaan Hayyan. Dah tahu orang tengah merajuk lagi nak di tanya.

"Hahahaha... mana ada saya merajuk, saya tengah bahagia sekarang ni." Widelia berpura-pura ketawa.

Hayyan mengulum senyum apabila melihat perangai gadis itu.

"Tak payah nak merajuk sangatlah, aku ada benda nak tunjuk dekat kau ni." Hayyan segera mengambil telefonnya di dalam laci.

Di buka aplikasi video, dan di mainkan video yang sempat dia rakam hari itu.

"Haizel, tengok ni." Hayyan menghulurkan telefonnya ke arah gadis itu. Dia mengetap bibirnya erat.

Tolonglah bertahan...

Widelia hanya diam, dia hanya mengendahkan arahan dari bosnya. Jangan layan Wid, kau buat bodoh je dekat mamat tu.

Tapi kenapa ada bunyi orang ketawa? Perlu ke dia tengok?

Arhh jangan Wid, kau buat derk je mamat tu.

Hatinya melarang mahu memandang benda yang di tunjuk Hayyan.

Widelia mencebik, dah buat orang merajuk lepas tu nak arah-arah orang pula. Ada yang dia sekeh kepala tu karang.

"Haizel, tengoklah sekejap. Aku yakin kau pasti tak merajuk dengan aku lagi." Arah Hayyan sekali lagi.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now