Bab 46

8.4K 360 30
                                    

BERLARI anak Widelia melangkah masuk ke dalam bilik air. Tekaknya terasa loya. Hayyan turut berlari mengikuti langkah isterinya berlari anak masuk ke dalam bilik air. Risau betul dia dari tadi isterinya muntah-muntah. Daripada pagi tadi sampai ke petang isterinya muntah. Bila di ajak pergi ke klinik isterinya tidak mahu. Degil betul.

Uwerk! Uwerk!

Segala isi yang ada di dalam perut Widelia keluarkan. Dari subuh tadi sehingga sekarang dia asyik keluar masuk ke dalam bilik air. Terasa longgar skru lututnya asyik keluar masuk ke dalam bilik air.

"Sweetheart, are you okey? Kita pergi klinik nak? Abang risaulah tengok sayang asyik muntah." Hayyan mengosok lembut belakang isterinya untuk melegakan isterinya.

"Tak nak, abang janganlah risau. Perut Haizel cuma masuk angin je ni." Widelia menggeleng kepalanya perlahan.

Air matanya mengalir apabila tekaknya terasa perit. Dia tidak mahu pergi ke klinik. Dia bukannya sakit sangat pun, dia cuma masuk angin itu yang dia asyik muntah. Semenjak dua menjak ini dia kurang makan atau lebih tepat dia tiada selera mahu makan.

"Abang risau tahu tak tengok sayang macam ni. Sudahlah Haizel kurang makan. Mana taknya perut masuk angin." Hayyan membebel. Risau pula dia melihat bibir isterinya yang sudah berubah pucat sedikit.

"Nanti Haizel okey, abang janganlah risau."

Widelia berkumur mahu menghilangkan rasa loya di tekaknya.

Hayyan mengeluh apabila isterinya degil tidak mahu pergi ke klinik. Masuk angin apanya kalau sudah dua hari berturut-turut isterinya muntah. Hari ini seharian isterinya keluar masuk bilik air. Naik Pening juga kepalanya melihat isterinya keluar masuk bilik air. Muntah-muntah macam orang mengandung pula dia tengok.

Kejap-kejap! Mengandung?

Hayyan tersentak apabila perkataan mengandung terlintas di benak fikirannya. Adakah isterinya seperti itu kerana alahan mengandung? Hayyan menelan air liurnya yang terasa pasir.

"Abang dah kenapa?" Widelia bertanya dengan wajah hairan apabila melihat wajah tersentak Hayyan.

Hayyan memandang wajah isterinya lama.

"I think you are pregnant." Hayyan berkata lalu menayangkan senyuman nipis. Perlahan-lahannya tangannya menyentuh perut rata isterinya.

Pregnant?

Mengeras tubuh Widelia apabila Hayyan merasakan yang dirinya  mengandung.

"Pregnant?" Widelia mengerutkan keningnya.

"Yes, I think you are pregnant. Abang rasa Haizel pregnant sebab semua simptom orang mengandung ada pada Haizel. Kita pergi klinik nak? Kita cuba check mana tahu betul tekaan abang." Hayyan memujuk isterinya pergi ke klinik. Hatinya kuat mengatakan yang isterinya mengandung.

Widelia menatap anak mata Hayyan sedalam yang mungkin. Dapat dia lihat ada bias cahaya kegembiraan terpacar jelas di mata suaminya.

"Apa kata kalau Haizel check pakai pregnancy test dulu. Haizel tak nak pergi klinik dulu. Haizel cuma takut kalau keputusan nanti menghampakan hati abang." Widelia menunduk. Dia takut sebenarnya mahu periksa di klinik. Dia takut andai keputusan yang di dapati mereka menghampakan hati mereka.

Bila check guna pregnancy test tak adalah menghampakan sangat. Tak adalah dia kecewa sangat balik dari klinik nanti andai keputusan yang di terimanya negatif.

"Okey, abang ikut je."

"Tapikan, nak test macam mana kalau tak ada pregnancy test." Widelia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now