BAB 3

14.2K 534 17
                                    

PAGI ini Widelia turun kerja dengan bertenaga sekali. Moodnya hari terlebih baik kerana hari ini merupakan hari jumaat dan last day dia berkerja dan esok merupakan hari sabtu. Sabtu dengan ahad cuti di sebabkan itu dia bersemangat turun kerja hari ini.

Sampai di office Widelia asyik melempar senyuman kepada officematenya. Senyumankan satu sedekah. Sampai di meja dia melabuhkan duduk di atas kerusi.

Dia memulakan kerjanya dengan lafaz bismillah.

"Wid, Dato' panggil kamu," ujar Sarah dengan muka keruh.

Widelia menaikkan keningnya.

"Kenapa? Ada kerja salah ke?" Widelia bangkit dari kerusi.

"I don't know how to explain what. But better you meet him to find out more." Sarah memegang bahu Widelia.

Widelia hanya mengangguk lalu meminta izin untuk beredar berjumpa dengan Dato' Faizul.

Tok! Tok!

Widelia mengetuk pintu bilik Dato' Faizul.

"Masuk!" Laung suara garau dari dalam bilik.

Widelia tanpa berlengah terus masuk ke dalam bilik itu setelah di beri ke izinan. Dia menghampiri meja Dato' Faizul.

Makin hairan Widelia apabila melihat muka Dato Faizul seperti tidak bermaya.

"Maaf Dato', Sarah bagitahu dekat saya yang Dato' panggil saya. Kenapa ya Dato'?" Widelia bertanya dengan sopan.

"Wid, duduklah. Saya ada benda nak bagitahu dekat awak." Dato' Faizul memperlawa Widelia duduk.

Dato' Faizul mengeluh perlahan sebelum menarik laci di mejanya. Dia menghulur perlahan kedua sampul surat kepada Widelia dengan raut wajah terpaksa.

"Apa ni Dato'?" Widelia menyoal, dia hanya memerhati sampul surat itu dengan riak hairan.

"Bukak Wid." Arah Dato' Faizul sambil mengusap pelipisnya.

Widelia teragak-agak mahu mengambil sampul surat tersebut. Ada satu kertas cetakan yang di lipat. Dia mengambil lalu membaca.

Dia mengerut hairan apabila membaca isi kandungan tersebut. Apa maksud ni?

"Apa ni Dato'? Kenapa saya di berhentikan kerja?"

"Wid, I have no other choice, saya terpaksa berhentikan semua pekerja saya. Saya dah tak mampu nak bayar gaji pekerja saya lagi. Saya dah muflis Wid. Syarikat saya terpaksa di lelong untuk bayar segala hutang-hutang saya." Bergetar suara Dato' Faizul menerangkan mengapa dia memberhentikan pekerjanya.

"What? Dato' tak main-mainkan?" Widelia masih tidak percaya.

"Saya tak main-main Wid. Awak jangan risau. Saya akan bayar gaji awak semua 3 kali ganda sebagai pampasan."

Widelia senyum nipis. Dia faham dengan situasi lelaki separuh abad itu. Widelia sudah menganggap orang tua itu seperti ayahnya sendiri. Dato' Faizul merupakan majikan yang sangat prihatin kepada pekerjanya.

Widelia mengangguk faham.

"Tak apa Dato', saya terima dengan hati terbuka. Saya harap suatu hari nanti Dato' akan kembali stabil. Saya sentiasa doakan kesejahteraan Dato'. Terima kasih dah jadi majikan yang baik dan tunjuk ajar saya dari tak pandai jadi pandai. Saya hargai sengala jasa Dato'." Widelia memberi semangat kepada Dato' Faizul.

Dato' Faizul tersenyum pahit.

"Sama-sama Wid. Saya pun nak ucapkan terima kasih kerana telah banyak berjasa dekat syarikat saya. Terima kasih sekali lagi, saya harap awak dapat kerja dekat syarikat yang lebih stabil dan terkenal."

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now