Bab 51

7.4K 298 46
                                    

"SAYANG." Hayyan memanggil isterinya yang tengah berdiri di hadapan meja solek.

Widelia menoleh apabila di panggil Hayyan.

"Kenapa?"  tanyanya hairan. Dia tengah bersiap mahu pergi kerja.

"Sayang larat ke nak pergi kerja?" tanya Hayyan.

Widelia senyum.

"Abang janganlah risau, Haizel larat lagi."

"Tadi sayang mengadu sakit pinggang," kata Hayyan.

"Cuma sakit sedikit aje. Biasalah baby dalam perut ni kan dah semakin membesar, memanglah Haizel sentiasa sakit pinggang."  Widelia mengusap lembut perutnya yang sudah besar serta membulat itu. Tersenyum dirinya saat si kecil di dalam perut menendang perlahan.

"Abang tak nak sayang terlalu penat. Kalau boleh abang tak nak sayang masuk kerja dah. Duduk je rumah, rehat secukupnya. Boleh?" Hayyan merangkul pinggang isterinya lembut. Dia tidak mahu isterinya keletihan.

"Haizel bosanlah duduk rumah. Kalau Haizel kerja tak adalah bosan. Kalau bosan Haizel boleh berborak dengan Erin dan juga Biha. Lagi pun, kalau Haizel kerja, Haizel selalu dekat dengan abang. Tak adalah abang risau dekat Haizel kan? Please abang..." Widelia menaikan jari telunjuknya di dada bidang milik Hayyan. Seakan-akan memujuk Hayyan.

Hayyan mengeluh pasrah. Ada betulnya juga apa yang di beritahu isterinya. Tetapi dalam masa yang sama, dia tetap risau akan isterinya penat.

"Yelah, kalau itu yang sayang nak. Ingat  kalau dah tak larat, bagitahu abang. Tak payah datang kerja. Faham?" Tegas Hayyan berkata.

Widelia angguk lalu memeluk kejap suaminya. Walaupun agak sesak kerana perut besarnya di himpit. Dia tetap memeluk Hayyan agar memberi upah kepada Hayyan kerana telah memberi kebenaran kepadanya untuk bekerja lagi. Hayyan turut membalas pelukkan isterinya.

Walaupun dia sudah masuk trimester yang ke tiga. Widelia tetap mahu pergi kerja walaupun di halang Hayyan. Dia tidak mahu duduk di rumah sahaja. Dia bosan. Baik pergi kerja, adalah juga hilang bosan dan sentiasa melekat dengan Encik suami. Ehek...

"Baby aktif ke hari ni?" tanya Hayyan mahu tahu perkembangan anaknya.

"Terlebih aktif, sakit tau asyik kena tendang." Widelia meleraikan pelukkan mereka.

Pejam celik pejam celik, usia kandungannya sudah memasuki  8 bulan.  Alhamdulillah, morning sicknessnya sudah tiada. Hanya sekarang ini, dia kuat makan dan kerap membuang air kecil. Biasalah di trimester yang ketiga ini, bayi di dalam kandungan akan menekan pundi kencing apabila bayi semakin membesar.

"Ya ke? Kesian sayang."

Kedua belah lutut Hayyan di jatuhkan. Sekarang ketinggiannya sama paras dengan perut isterinya. Jemari Hayyan merayap ke perut Widelia. Di usap lembut perut besar isterinya.

"Anak baba jangan nakal-nakal dalam perut mama tau. Kesian dekat mama, awak lasak sangat." Bicara Hayyan di hadapan perut isterinya. Seakan-akan dia tengah berinteraksi dengan anak di dalam kandungan isterinya.

Bersinar mata Hayyan saat merasa tendangan dari si kecil.

"Baby kick." Hayyan panggung kepala lalu memandang isterinya dengan wajah teruja.

Widelia ketawa kecil saat melihat wajah teruja suaminya. Setiap kali baby kick mesti Hayyan akan teruja.

"Anak abang memang lasak setiap pagi." Widelia memainkan rambut hitam Hayyan. Setiap pagi anaknya memang akan aktif. Lagi-lagi waktu tengah malam, itu dia paling aktif. Kadang-kadang tidurnya terganggu apabila bayi menendang. Bila masuk tengah hari, pandai pula behave.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now