BAB 1

30.1K 803 52
                                    

BIBIR melorek senyuman manis apabila angin pantai menampar lembut wajahnya. Bunyi hempasan ombak dan kicauan burung semakin menenangkan fikirannya yang berserabut dengan masalah kerja yang tidak pernah habis. Di sini adalah tempat untuk dia melepaskan stres.

Hari ahad adalah hari paling tidak di sukainya kerana setelah ahad mesti isnin, dan isnin merupakan hari bekerja.

Huhh esok dah kerja, mesti mati kering dirinya menghadap angka-angka. Naik pening kepala apabila melihat banyak angka yang perlu di kira. Siapa suruh jadi accountant kan dah hari-hari hadap angka.

Dia duduk di atas pasir sambil kepala mendongak melihat awan. Bila melihat langit dan awan, automatik bibirnya melorek senyuman. Dia adalah seorang astrophile.

Astrophile adalah seseorang yang menyukai langit. Mereka suka melihat langit dan seisi dengannya seperti bintang, bulan, awan dan dan benda langit yang lainnya.

Dia ke sini mahu melihat matahari terbenam. Itulah salah satu terapi untuknya. Dalam masa yang sama dia kagum dengan kekuasaan Allah dalam mencipta langit.

Telefon yang berada di tangannya bergetar tanda orang menelefon. Dia melihat nama di Qariz di skrin telefonnya. Dia mengeluh seketika sebelum menyambut panggilan tersebut.

"Wid! Wid! Mati aku Wid...." Qariz menyapa dengan suara cemas.

"Kau kenapa? Tak bagi salam terus cakap kau nak mati dah kenapa? Gila!" Widelia bersuara geram apabila Qariz mengacau waktunya berehat.

"Ops sorry! Assalamualaikum Widelia Haizel"

"Huhh... Waalaikumussalam, hah kenapa?" Widelia menyoal malas.

"Wid kau kena tolong aku weh, Medina merajuk dengan aku..."

"Dah tu kau nak aku buat apa? Menari depan Medina? Beri bunga dekat Medina?" Widelia menjuling matanya.

"Hishh bukanlah, aku nak kau pujuklah Medina, aku tak bolehlah bila dia merajuk... Tolong aku Wid, kau aje sepupu kesayangan aku a.k.a adik susuan aku... Tolong eh Wid? Lagipun kau dengan Medina kan Bff." Qariz meminta pertolongan dekat Widelia.

Widelia menjulingkan matanya tanda menyampah. Itu ajelah modal si Qariz ni bila minta tolong mesti akan pakai status yang dia ni adik susuan Qariz.

"Ohh masa Medina merajuk baru kau cari aku, bila dah berbaik dengan Medina kau lupakan aku? Kau tau tak kau tu tak guna!"

"Alahh jangan macam ni sayang, aku janji lepas kau pujuk Medina sampai dia tak merajuk dengan aku lagi, aku janji aku bawa kau shopping lepas tu belanja kau makan sampai kau puas. Aku akan buat apa aje yang kau suruh. Please Wid..."

Widelia mengeluh.

"Ish yelah-yelah. Kau janji dengan aku. Aku ada banyak benda nak beli kau bayar untuk aku!" Widelia setuju untuk menolong Qariz.

"Yeahh! Ini yang aku makin kau sayang ni Wid"

"Nak termuntah aku dengar."

"Thank you Wid!"

"Hmm sama-sama."

"Wid kau dekat mana tu?" tanya Qariz.

"Cuba kau teka?" Widelia meminta Qariz meneka keberadaannya. Dia pasti Qariz akan tahu di mana dia sekarang.

"Sekejap, aku tengok jam. Ohh okey, faham... Kau dekat pantai kan?" Teka Qariz.

Bingo!

"Betullah tu, asal kau tanya?"

"Aku datang rumah kau tadi, tapi kau tak ada dekat rumah. Abah dengan ibu pun tak ada dekat rumah. Mak Teh pun aku tak nampak. Wais dengan Hazir pun belum sampai juga, itu yang aku call kau." Terang Qariz.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now