Bab 59

8.1K 341 56
                                    

TIT!

TIT!

TIT!

HAYYAN menoleh semula ke arah katil isterinya apabila ruang bilik pembedahan gamat dengan bunyi mesin monitor. Membulat mata Hayyan saat melihat tubuh isterinya tersentak-sentak dan nafas isterinya kembali normal.

Tak mungkin!

Nurse yang ada di dalam bilik pembedahan segera meluru ke arah Widelia. Dengan kadar segera dia memakaikan alat bantuan penafasan untuk Widelia apabila melihat mesin monitor menunjukkan jantung Widelia kembali berdetak.

Doktor perempuan yang merawat Widelia tadi segera mengecek kadar nadi Widelia.

Normal.

"Allahuakbar..." Doktor tersebut memandang kesemua yang ada di dalam bilik dengan pandangan tidak percaya.

"Jantung pesakit kembali berdetak," ujar doktor tersebut dengan senyuman tidak percaya.

Kadar denyutan nadi Widelia kembali normal.

"Mu...mustahil," Hayyan mengalirkan air matanya. Anaknya yang masih di dalam gendongannya di letak semula di atas katil kecil. Dengan segera dia melakukan sujud syukur di atas ke ajaiban yang berlaku.

Baru beberapa minit isterinya di isytihar sudah tiada tetapi sekarang, isterinya kembali hidup. Kekuasaan Allah tiada tandingannya.

Surah Yasin ayat 80;


Innamā amruhū iżā arāda syai'an ay yaqụla lahụ kun fa yakụn

Artinya: "Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, 'Jadilah!' Maka jadilah sesuatu itu."

Jantung yang berhenti berdegup pun boleh berdegup semula. Tiada yang mustahil jika Allah berkehendak.

Hayyan kembali berdiri lalu melangkah ke arah isterinya yang masih terbaring belum sedarkan tetapi di halang doktor perempuan yang setia merawat Widelia.

"Encik boleh tunggu dekat luar tak? Kami perlu periksa lebih lanjut keadaan Puan Widelia. Tolong beri kerjasama." Pinta doktor tersebut lembut. Mereka perlu periksa keadaan Widelia lebih detail.

Hayyan mengangguk tidak membantah. Dia kembali keluar dari bilik pembedahan dengan wajah lega.

Lega kerana mimpi ngeri yang di alaminya hanya sementara.

"Syukur alhamdulillah Ya Allah..." Hayyan meraup wajahnya berkali-kali.

Hampir lima belas minit Hayyan menanti berita tentang isterinya. Belum ada tanda-tanda doktor mahu keluar dari bilik pembedahan.

"Hayyan!" Panggil Hazir dari jauh. Berlari anak dia pergi ke arah Hayyan.

Hayyan menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Hayyan menanti kedatangan Hazir datang ke arahnya.

"Macam mana dengan Wid?" Hazir bertanya sebaik saja dia berdiri di hadapan Hayyan.

"Wid selamat," ujar Hayyan dengan senyuman nipis.

"Syukur alhamdulillah..." Hazir turut mengucap syukur kepada Allah.

"Wid dah selamat bersalin. Kau dah jadi Pak Ngah." Hayyan menepuk bahu Hazir dengan senyuman.

"Alhamdulillah." Hazir turut tersenyum. Gembira kerana mendapat anak sedara yang pertama di dalam keluarganya.

"Lelaki ke perempuan?" tanya Hazir teruja.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now