Bab 37

10.1K 420 86
                                    

GENAB 2 bulan masa untuk dia move on sepenuhnya dari Baby Jah. Alhamdulillah.... Allah permudahkan urusannya dalam fasa pulih dari kekecewaan. Dia yakin dengan perancangan Allah untuknya. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Belajar memahami dan terima dengan hati yang terbuka. Setiap rencanaNya adalah yang terbaik untuk kita. InsyaAllah.

Wais yang baru mahu melangkah keluar dari cafe berhenti apabila tersempak dengan orang yang dia tidak mahu berjumoa dalam masa terdekat ini.

"Wais!" Berubah wajahnya apabila melihat wajah manusia yang memanggilnya.

Baby Jah?

Ya Baby Jah, dia tersempak dengan Baby Jah yang baru masuk ke dalam cafe. Wais mengeluh perlahan. Mengapa mereka perlu berjumpa kembali? Bukan ke wanita itu sudah berhijrah di tempat lain?

"Wais." Baby Jah melangkah ke arah Wais dengan senyuman.

Dia tidak sangka pula bertemu dengan lelaki yang pernah menjadi penghuni hatinya seketika dahulu. Dia kembali lagi ke sini kerana menemani suaminya berjumpa dengan kawan baik suaminya merangkap rakan kongsi suaminya di area Kuala Lumpur. Dia dengan suaminya duduk dekat Pahang. Oleh kerana tidak mahu menganggu suaminya berborak dengan kawan baik suaminya. Jadi dia memutuskan untuk pergi ke cafe yang tidak jauh dari kedai perabot kawan baik suaminya seorang diri.

"Mak cik buat apa dekat sini?" tanya Wais dengan senyuman.

Mak cik?

Ya Mak cik, dia harus hormat wanita itu kerana wanita itu lebih tua darinya. Jadi dia memutuskan memanggil wanita itu Mak cik.

Mati senyuman Baby Jah saat Wais memanggil dirinya Mak cik.

"Saya teman suami saya ada urusan dekat sini. Tadi saya nampak Wais itu yang saya tegur," ujar Baby Jah dengan senyuman nipis.

Dia tidak mahu hubungan baik mereka dahulu retak hanya kerana mereka  putus cinta. Dia mahu hubungan mereka tetap baik seperti dulu.

"Ohh..." Wais hanya mengangguk faham.

"Wais sihat?" Baby Jah bertanya khabar lelaki itu.

"Sihat alhamdulillah. Masih di izinkan untuk bernafas di muka bumi ini." Wais hanya tayang senyuman nipis. Kalau tayang muka kerek nanti orang kata kurang ajar pula

"Alhamdulillah..."

"Mak cik apa khabar? sihat?" Giliran Wais pula bertanya khabar baby Jah.

"Saya sihat alhamdulillah. Wais buat apa dekat sini? Ada kerja dekat sini ke?" Baby Jah bertanya kepada Wais.

"Taklah, saya nak jumpa dengan kekasih saya," tipu Wais.

Dia tidak mahu wanita itu masih memikirkan yang dirinya tidak dapat move on wanita itu. Jadi dia menipu wanita itu dengan mengatakan yang dirinya ada kekasih.

Baby Jah hanya senyum. Sedikit sebanyak dia gembira apabila lelaki itu sudah mampu melupakannya.

"Mana dia? Boleh saya kenal dia? Wais tak nak kenalkan kekasih Wais dekat saya ke?" Baby Jah meminta Wais memperkenalkan kekasih lelaki itu kepadanya.

"Ermm... dia masih belum sampai lagi," tipu Wais lagi.

"Kalau macam itu saya tunggulah. Lagi pun suami saya ada urusan dekat kedai perabot tidak jauh dari sini. Bolehlah saya tunggu. Teringin pula nak tengok kekasih Wais. Mesti cantikkan?" Baby Jah bertanya dengan wajah teruja.

Dia teringin mahu berjumpa dengan perempuan mana yang bertuah mendapat lelaki sebaik Wais Haider.

Wais menoleh ke arah lain. Ah sudah! Mana nak cekau awek nak di jadikan kekasihnya ini. Tiba-tiba matanya menangkap sosok seorang gadis cantik bertudung mahu melangkah masuk ke dalam cafe. Gadis itu sibuk bermain telefon.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now