Bab 38

10K 411 49
                                    

WIDELIA menjinjit plastik sampah yang sudah penuh untuk di buang ke dalam tong sampah besar yang berada di luar pagar mereka. Dia malas mahu menyuruh Hayyan membuang sampah. Memandangkan dia tiada kerja jadi dia bersihkan seluruh rumah mereka. Dari dapur sehingga ke ruang tamu dia bersihkan. Di sebabkan di bosan jadi dia mengemas rumah untuk hilangkan bosan.

Hayyan pula sibuk membuat kerja di bilik kerjanya yang berada di atas. Esok dia sekeluarga akan balik ke kampung ibu mereka. Nenek dengan atuknya mahu membuat majlis tahlil sekali dengan majlis kesyukuran di atas perkahwinan dia dengan Hayyan sekali.

"Puan, biar saya yang buang sampah," ujar  Hamidi lalu melangkah keluar dari pondok keselamatan.

Dari kejauhan dia melihat isteri majikannya itu menjinjit platik sampah. Hamidi merupakan pengawal keselamatan di rumah mereka. Ada dua orang pengawal keselamatan di rumah mereka. Seorang lagi Mahmud.

Widelia menoleh apabila di tegur Hamidi. Dia hanya senyum kepada lelaki berusia 40an itu.

"Eh tak apalah abang Midi, biar Wid je yang buang. Tak susah mana pun." Widelia menolak pertolongan dari Hamidi.

"Betul ni?" Hamidi bertanya sekali lagi.

"Betul, abang Midi pergilah duduk balik." Widelia menyuruh lelaki itu kembali duduk di pondok pengawal

"Yalah." Hamidi hanya menurut.

Dia suka dengan isteri majikannya itu. Tidak banyak ragam dan peramah. Tidak sekali pun isteri majikannya itu memandang rendah kepada pekerja suaminya sendiri. Tidak lupa juga dengan majikannya sendiri. Majikannya itu prihatin terhadap pekerjanya. Majikannya itu sentiasa bertanya tentang keperluan keluarga pekerjanya adakah cukup atau pun tidak.

Hamidi turut berhutang budi dengan majikannya. Sewaktu anaknya di sahkan ada masalahan jantung, majikannya dahulu yang datang menghulur bantuan dari segi duit untuk menjalankan pembedahan anaknya. Lelaki itu banyak menolongnya dari segi kewangan dan sokongan moral untuknya. Dulu dia hanya seorang bekas banduan. Biasalah bekas banduan mesti orang sekeliling akan pandang rendah kepadanya.

Dia mahu mencari kerja untuk menyara keluarga pun susah kerana orang tidak mahu pekerja sepertinya. Mereka takut bekas banduan sepertinya akan melakukan kesalahan lagi. Dia tahu susah untuk orang sekelilingnya percaya yang dia sudah betul-betul berubah.

Sewaktu majikannya mencari orang untuk menjadi pengawal keselamatan di rumahnya. Dia mencuba untuk meminta bekerja sebagai pengawal keselamatan di rumah lelaki itu dan Alhamdulillah dia di terima bekerja di sini. Sebelum dia meminta kerja dia menceritakan kisahnya yang merupakan bekas banduan terlebih dahulu kepada majikannya.

Apa yang dia respect kepada majikannya itu adalah majikannya itu  tidak pernah menyoal dan mengapa dia menjadi seperti itu. Masih dia ingat lagi apa yang di kata majikannya itu kepadanya. Setiap manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan di dalam hidup. Semua manusia berhak di beri peluang untuk berubah. Jadi kita sebagai manusia jangan ulang kembali kesilapan yang pernah kita lalui. Tiada apa yang di pinta majikannya selain majikannya mahu dirinya jangan ulangi kesilapan yang pernah di lakukannya.

Widelia melangkah keluar dari pagar rumah mereka ingin membuang sampah. Keluar sahaja di dari pagar rumah. Berkerut dahinya melihat ada kotak sederhana besar bewarna merah di letak di atas penutup tong sampah beroda yang bewarna hijau.

Dia melangkah ke arah tong sampah dengan dada yang berdebar hebat. Entah mengapa hatinya mengatakan yang kotak itu berisi sesuatu yang mengerikan. Hidungnya sudah mencium bau hanyir darah.

Walaupun dia takut tetapi dia menguatkan dirinya untuk membuka kotak tersebut. Dengan lafaz bismillah dia membuka penutup kotak tersebut.  Buka sahaja kotak dia terus melepar kotak tersebut jauh darinya.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now