Bab 20

11K 492 39
                                    

MALAM ini Wais bertekad mahu memberitahu kepada kedua orang tuanya tentang rancangannya yang mahu berkahwin dengan Baby Jah. Wais melangkah ke arah ruang tamu di mana semua ahli keluarganya bersantai di ruang tamu.

Dia duduk di sebelah Hazir. Relax Wais. Jangan takut, kau kan lelaki sejati. Wais menarik nafas lalu di hembus perlahan-lahan.

Widelia yang berbaring di paha ibunya memandang pelik wajah Wais yang kelihatan gabra. Ini mesti ada benda nak cakap ni.

"Ibu, ayah." Wais memanggil ibu dan juga abahnya.

Puan Wardah dan Encik Hamri yang leka menonton Tv menoleh ke arah anak sulong mereka.

"Kenapa?" tanya Encik Hamri kepada Wais.

"Along ada benda nak bagitahu ni." Wais menggigit bibirnya. Dia memandang muka Hazir dan Widelia bersilih ganti.

"Apa?" Puan Wardah memandang wajah Wais dengan kerutan di dahi.

"Ermm sebenarnya kan ibu ,abah. Along nak kahwin. Ibu dengan abah restu tak kalau along kahwin?" Wais menundukkan wajahnya menanti jawapan dari kedua orang tuanya.

"Alhamdulillah... terbuka juga hati along nak menikah. Ibu restu along. Bila nak bawa bakal menantu ibu datang rumah? Along bawalah dia datang sini. Boleh ibu dengan abah berkenalan dengan dia," ujar Puan Wardah dengan senyuman.

Hati tuanya terlalu gembira apabila anak sulungnya terbuka hati mahu mendirikan rumah tangga. Dia sebagai ibu sentiasa mendoakan kebahagian anak-anaknya.

"InsyaAllah soon ibu," ujar Wais dengan senyuman lebar. Alhamdulillah, dia sudah mendapat green light untuk berkahwin.

Baby Jah wait! Tunggu abang meminang kamu!

Hazir dengan Widelia hanya mendiamkan diri. Lansung tidak berminat mahu mencelah. Mereka berdua sudah awal-awal lagi di maklumkan oleh Wais berkenaan tersebut. Mereka tidak mampu menghalang keputusan Wais.

"Along ada gambar tak bakal menantu abah tu? Kalau ada, abah nak tengok. Teringin juga abah nak tengok." Encik Hamri bertanya dengan wajah teruja. Gila tak teruja. Nak dapat menatu kot.

"Ada, jap eh." Wais segera mengeluarkan telefonnya dari poket seluar track. Galeri di buka lalu dia membuka gambar dia bersama baby Jah. Dengan perasaan gementar dia menghulurkan telefonnya kepada abahnya.

Encik Hamri menyambut huluran telefon tersebut dengan senyuman. Matanya menatap gambar di skrin telefon. Mati terus senyumannya apabila terpandang gambar tersebut. Puan Wardah yang berada di sebelah suaminya mengambil telefon yang berada di tangan suaminya.

Berkerut hairan dahinya apabila melihat anaknya bergambar bersama seorang wanita tua yang dia rasakan sama umur dengannya. Mungkin ini ibu kepada bakal menantunya kot. Dia berfikiran positif. Cantik bakal besannya ini, mesti bakal anak menantunya tidak kalah cantik juga.

"Along, ini bakal mentua kamu ke? Cantik. Mesti anak dia cantik macam mak dia juga kan?" Puan Wardah menunjukkan gambar tersebut kepada Wais yang kelihat gementar.

Widelia sudah menahan ketawa. Di gigit kuat bibirnya takut tawanya terhambur. Dia hanya mampu memejam mata. Hazir juga bergitu. Dia berpura-pura menonton Tv. Geli hatinya. Mahu saja dia ketawa apabila ibunya memikirkan orang yang di tunjuk abangnya adalah bakal ibu mertua abangnya.

"Tak bu, itulah bakal menantu ibu." Wais berkata dengan gugup.

Tercengang Puan Wardah apabila mengetahui siapa bakal menantunya. Terlepas telefon Wais dari tangannya akibat terkejut.

Apakah?

Encik Hamri di sebelah hanya mampu memejamkan mata apabila mengetahui kebenaran.

"Ibu abah, kenapa ni?" Wais sudah duduk di melutut di hadapan kedua orang tuanya.

Haizel: Ms Astrophile©Where stories live. Discover now