WIN HER HEART

255 12 0
                                    

Andrei menjeling ke tempat duduk penumpang disebelahnya.Lily Amani tidur pulas sambil tangannya disilangkan didadanya.Matanya meratah pula kaki panjang wanita itu yang dilitupi skirt separas lutut.

"Haishhh kuat tidur rupanya"

Gumamnya perlahan.

"Nak kutuk aku la tu kan?"

Andrei terkejut.Dia berpaling seketika.Bibirnya mengukir senyum.

"Good morning baby!!!"

Lily Amani membetulkan duduknya.Dia meliarkan mata ke luar tingkap.Jam di pergelangan tangan dijeling.

"Eeeee..lambatnya kau drive..macam perempuan tau"

Andrei mencerunkan matanya.

'Dia kutuk kau depan depan Andrei!!'

"Sayang..kereta buruk you ni boleh pergi  100km/j je.Kalau laju laju kang tercicir ekzos macam mana"

Balas Andrei.Mahu ketawa dia melihat muka masam Lily Amani.

"Kereta buruk ni banyak tuah tau.Kau apa tahu?Aku jatuh bangun dengan kereta ni.Aku cari rezeki dengan kereta ni.Aku dengan Bad banyak kenangan dengan kereta ni."

Dihujung ayatnya disebut perlahan.Ada getar pada suaranya.Matanya terasa kabur.Lily Amani memandang keluar tingkap.

Andrei mengetap rahangnya.Dia mendengar hujung ayat Lily Amani tadi.Pegangan pada stereng diperkemas.Dia mengerling seketika ke arah Lily Amani yang sedang menyeka air matanya.

'Sikit sikit Badrul..he's gone Lily!Aku yang depan mata kau sekarang ni!'

Andrei menarik nafasnya.Sudah 2 minggu dia berada di kampung bersama Lily Amani.Sukar untuk meneka hati wanita itu.Kadang kala Andrei merasakan Lily Amani memberikannya peluang untuk bersama.Kadang kala wanita itu seperti menolaknya.

Sepanjang perjalanan Andrei dan Lily Amani hanya mendiamkan diri.Masing masing melayan perasaan sendiri.

Andrei membelok kereta ke arah salah sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur.Dia menemani Lily Amani untuk berjumpa pelanggannya.

Setelah memarkir kereta di basement mereka memasuki pusat membeli belah beriringan.Kaki menuju ke starbucks.Dari jauh Lily Amani melambaikan tangan.

"Hey Lily!!"

Jerit seorang wanita genit dan berpakaian agak menjolok mata.Disebelahnya ada seorang lelaki berwajah kacukan sedang merenung Lily Amani.Lily Amani meluru mendapatkan wanita tersebut.Andrei hanya mengikuti langkah  dari belakang.

"How are you Sara?Taufiq?"

"We're good Lily!Goddd look at you!!!Glow up habis!!Macam nilah our Lily Amani!!By the way siapa mat saleh yang kau bawa ni?"

Lily Amani menoleh ke arah Andrei.Lily Amani mengukir senyum lebar.Dia memaut kuat lengan Andrei.

"Bakal suami aku Sara.Sara, Taufiq meet my soon to be my husband or fiance, Andrei ."

Jawab Lily Amani yakin.Senyum sinis dirinya apabila melihat muka Andrei yang agak terkejut.

"Owh but I dont see any ring on your finger Lily."

Sampuk Taufiq.Dia memandang tajam pautan lengan Lily Amani pada Andrei.Kemudian matanya memandang ke arah Andrei seketika.Pandangan mata kedua dua lelaki bertembung.Dapat Andrei merasakan Taufiq ada menyimpan hati pada Lily Amani.

"Perhaps you just pretend huh?"

Sangkal Taufiq.Bibirnya dicebikkan.

"Bie...stop it"

Twisted Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now