BUNDLE OF JOY

144 5 0
                                    

Andrei's POV

Dari parkir berbumbung aku lihat Lily Amani termenung di balkoni bilik kami.Pasti dia tidak menyedari kepulangan aku.Semenjak kejadian di stor bawah tanah Lily Amani seperti memencilkan diri.Dia lebih suka termenung.Aku mengira dia masih terkejut dengan kejadian hari itu.

Sebenarnya aku tidak begitu gemar mendedahkan Lily Amani dengan peristiwa seperti minggu lepas.Wanita itu sedang mengandung.Aku tidak mahu dia terfikir fikir akan hal tersebut hingga memudaratkan kesihatannya.

Mujur Romano cepat bertindak.Kalau tidak, aku sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku terhadap sang isteri setelah dicekik oleh Alesandro.Romano sekadar melindungi Lily Amani.

Sekurang kurangnya kami sudah tahu sedikit tentang Valentino.Mafia dari Colombia.Bila masanya aku ada apa apa kaitan dengan pertubuhan gelap itu.

Aku menghantar beberapa orang ke Colombia untuk menjejak lelaki bernama Valentino.Atas dasar apa dia berdendam dengan aku.Aku mahu tahu.

Aku melangkah untuk masuk ke dalam rumah.Lily Amani masih tidak menyedari kehadiran aku.Dia hanya memakukan pandangan pada tasik besar dihadapan rumah.

Ketika ingin melangkah ke dalam aku berlanggar dengan Benji di pintu.Lelaki itu tampak seperti kusut.

"Benji...kau kenapa?"

Wajah lelaki itu agak pucat.Entah apa yang mengganggu lelaki itu.

"It's time bruhh.Leyna nak bersalin."

Benji seperti tidak tentu arah.Semasa bersalinkan Bianca, Benji turut berkelakuan aneh begini.Harap muka sahaja ganas.

"Calm down bro.Look at me.You both can do this.Benjiii!!Look at me.Take a deep breath.I'll drive you to the hospital.Okay now go to your room, ask your maid bawa semua barang untuk Leyna dan baby.Kau bawa turun Leyna.Hurry up!! "

"BENJAMINNNNNNN!!!!"

Jeritan kuat dari tingkat atas mengejutkan aku dan Benji.Kami bergegas ke aras atas.

"Why taking you so long? You want me to push our buttercup in here Benjamin?!"

Jerkah Haleyna.Keluar aura singa betinanya.Aku seperti terpaku di bingkai pintu.Apatah lagi melihat wajah merah Haleyna yang menahan kesakitan.

Benji meluru masuk ke bilik.Dia menghampiri isterinya segera.Haleyna sedang membongkokkkan badan di tepi katil.Aku melihat banyak darah pada cadar.

"Nana!!!Nana!!!"

Jerit aku kuat memanggil Madam Rossa.Wanita tua itu lebih berpengalaman menghadapi situasi begini.

"Ben....We cant make it.We cant..I really need to push our baby!Aaaarggghhhh!!"

Jeritan bergema lagi.Nampak wanita itu benar benar sedang kesakitan.

"Sayang can you hold it?"

Pertanyaan dari Benji tadi mendatangkan kemarahan kepada Haleyna.

"Can somebody slap my husband?I cant hold it oh my Benjiiii!!!!"

Haleyna mengenggam erat tangan Benji.Benji mencempung dan meletakkan Haleyna di atas katil.

"Bie..kenapa kecoh kecoh  tu?Oh My..Leyna??"

Aku memberikan laluan kepada Lily Amani yang muncul dari belakang.Lily Amani meluru masuk ke dalam bilik pasangan itu.Dia melompat ke atas katil segera.

"Sayang! Carefull!!"

Pesan aku.Seriau melihat aksi spontannya tadi dengan perut membulat begitu.

"Goshhhh.Benji!! Call your midwife.Andi ambil besen dan tuala hurry up!!"

Twisted Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now