THE TRUTH IS A BITCH

173 6 1
                                    

Lily Amani menekup mulutnya.Gambar tersebut ditilik lama.Gambar Lorenzo bersama seorang wanita dalam persalinan pernikahan serba putih.Wanita di dalam gambar persis seperti dirinya!Kecuali wanita di dalam gambar berambut pendek.

'Lorenzo pernah bernikah?'

Lily Amani mendekati meja kecil disisi katil.Ada sebuah album lama.Lily Amani menyelak album tersebut.Semuanya gambar gambar pernikahan Lorenzo.Ada gambar bersama Puan Anggun dan seorang jjiyi000lelaki berusia.Gambar mesra Axalea,Puan Anggun dan lelaki berusia menarik perhatiannya.

'Axalea anak bunda?'

Lily Amani mengetap bibirnya.Lorenzo menipu dirinya.Lily Amani terasa dipergunakan.

Lily Amani meletakkan album gambar di atas katil.Dia menyelongkar laci pada meja kecil disisi katil.Satu folder berwarna biru tua ditarik keluar.

Lily Amani menarik keluar isinya.Ada satu buku kecil yang seakan passport.Lily membuka helaian pertama.

REPUBLIK INDONESIA / REPUBLIC OF INDONESIAN

KUTIPAN AKTA NIKAH
(EXCERPT OF MARRIAGE CERTIFICATE)

NAMA: AHMAD LUQHMAN ABDULLAH

NAMA : NUR AXALEA BINTI NORMAN

'Axalea?Lea'

Air mata Lily Amani mengalir laju.Dia terasa dikhianati sekali lagi.Kali ini dengan cara lebih keji.

'Selama ini Lorenzo memanggil Lea.Axalea?'

'He thought I was Axalea'

Satu lagi dokumen dikeluarkan.Ianya merupakan sijil kematian.Sijil kematian Nur Axalea.

NAMA: NUR AXALEA BINTI NORMAN

SEBAB DAN PENYEBAB KEMATIAN:
KECELAKAAN PESAWAT

TARIKH DAFTAR : 18 OGOS 2006

'Bermakna Nur Axalea meninggal 10 tahun lepas.Sama seperti bunda kehilangan anaknya.Jadi benar Axalea merupakan anak bunda.Bunda mengambil aku kerja kerana paras aku dan Axalea serupa?Bukan kerana bakat aku?Bodohnya aku.'

Desis Lily Amani di dalam hati.Hatinya hiba tidak terkira.Lily Amani memasukkan semua dokumen ke dalam folder.Dia berdiri berhadapan katil.Matanya kembali merenung gambar besar di kepala katil.Pandangannya jatuh pada cincin di jari kelingking Lorenzo.

"Ini cincin almarhum bapa abang.Abang sayang cincin ini."

Kata kata Lorenzo tergiang ngiang di telinga Lily Amani.Kerana kebodohannya dia kembali percaya dengan kata kata Lorenzo.Lily Amani merasa kepalanya berat.Baru sahaja dia ingin berpaling, pintu di buka dari luar.

"Ho..ho..ney?"

_____________________________________

Lorenzo mengaminkan doanya di atas sejadah.Dia meraup kasar mukanya.Dia menyesali kata katanya kepada Lily Amani tadi.Rasanya wanita itu pasti akan menjauhkan diri.Lily Amani tidak curang dengannya.Dia mendengar perbualan wanita itu tadi cuma dia membiarkan rasa marah menguasai dirinya.

Sebetulnya dia marah dengan keadaan.Keadaan dimana Lily Amani merupakan bekas tunangan Andrei.Mengapa mesti Andrei?Andrei merupakan musuhnya sejak sekian lama.Kini Andrei mahu mengambil Lily Amani dari hidupnya.Lorenzo melihat jam didinding biliknya.Sudah pukul 11 malam.Pasti Lily Amani sudah tidur.Wanita itu sememangnya tidur awal.

Lorenzo melangkah keluar dari biliknya.Dia menuju ke bilik hujung.Pintu bilik yang renggang sedikit membuatkan dahi Lorenzo berkerut.

'Aku terlupa kunci pintu ke?'

Twisted Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now