Lily Amani menyeret bagasinya ke ruang menunggu pesawat. Penerbangannya pada pukul 12 tengah hari nanti.Penerbangannya terus menuju ke Karachi Pakistan. Dia perlukan percutian untuk melupakan segala masalahnya.Lily Amani kemudian melabuhkan duduknya di satu tempat yang agak tersorok.
Kepalanya terasa berdengung.Dia belum lagi tidur semenjak malam tadi.Badannya betul betul memerlukan rehat.Lily Amani menyandarkan dirinya di kerusi.Dia cuba memejamkan matanya seketika.Beban yang maha berat terasa di kepalanya.Kalau boleh dia tidak mahu memikirkan tentang Lorenzo.Hatinya terlalu sakit waktu ini.
Sampai hati lelaki itu menipu dirinya.Selama ini dia hanya mengejar bayang Lorenzo.Dia bertepuk sebelah tangan.
Terasa dirinya bodoh kerana membuka hati pada lelaki yang tidak menghargai cintanya.Bukan sekali tetapi 2 kali.Lelaki lelaki yang singgah dihatinya hanya sekadar meninggalkan luka.Bahagia hanya seketika cuma.
Tanpa disedari air matanya mengalir lesu disudut matanya.Air mata penyesalan dan kekecewaan.Kesal kerana dirinya terlalu mudah percaya pada kata kata dan janji manis seorang lelaki.Kecewa kerana dia memberikan sepenuh hatinya dalam hubungan cintanya.
'Apa salah aku?'
Monolog Lily dalam hati.Mungkin ibu tunggal sepertinya tidak layak merasa nikmat cinta semula.
"Hmmmm seriously?Pakistan?Kalau nak lari sekalipun Lily Amani, choose the right place.I would go for Iceland or Ireland."
Lily Amani menoleh laju disebelahnya.Dia menyeka laju pipinya.Jejaka yang baru menempatkan diri di sebelahnya dipandang dengan rasa takut takut.
"Kkkauuu buat apa dekat sini?"
Tanya Lily Amani gugup.Dia menjarakkan dirinya.Lily Amani memindahkan dirinya ke kerusi sebelah.Dia tidak mahu lelaki itu duduk terlalu rapat dengannya.Dia takut lelaki itu kembali memanipulasi dirinya.
"What happened?"
Andrei memandang Lily Amani lama.Dari pemerhatiannya Lily Amani kelihatan seperti tidak bermaya.Entah apa yang terjadi antara wanita itu dan Lorenzo.Orang orangnya mengatakan Lily Amani keluar dari rumah lelaki itu awal pagi.Siap membawa bag pakaiannya.Penggodam upahannya pula memberitahu bahawa Lily Amani akan berangkat ke Pakistan tengah hari ini seorang diri.Seorang diri?
'I wont allow that happen baby girl'
Desis Andrei di dalam hatinya.Dia bergegas ke lapangan terbang setelah mendapat tahu tentang Lily Amani.
"None of your businesss"
Getus Lily Amani.Dia berkira untuk beredar.Bertambah sakit hatinya melihat gerangan jejaka disebelahnya.
"Stay Lily Amani.Running away isnt helping you"
Andrei memusingkan badannya.Matanya meratah wajah bujur sirih cinta hatinya.
"Like you care"
"I always care about you baby"
Keluh Andrei perlahan.Dahinya dikerutkan melihat Lily Amani yang mula ketawa.
"Stop it Andrei.You wont get me this time.Dont come here and show your sweetness around.I hate it"
Lily Amani mula bangun.Dia menarik bagasinya tetapi ditahan oleh Andrei.
"What is wrong with you!???Can you please let me go?"
Lily Amani cuba menarik bagasinya dari pegangan Andrei.Andrei menggelengkan kepalanya.
"Nope.Baby ikut I balik ya.You look horrible.Sorry to say!"
"Shut up!!I dont need your opinion.Lepaslah Andi.Aku jerit karang!!"
YOU ARE READING
Twisted Love (COMPLETE)
RomanceLily Amani membawa diri keluar negara selepas kematian suaminya.Takdir menemukan Lily Amani dan Andrei apabila Lily Amani menyelamatkan Andrei di dalam satu tragedi yang hampir meragut nyawa lelaki itu.6 bulan kemudian Andrei Aleksei menjejak semula...