HERE WE COME MIAMI

128 6 2
                                    

Haleyna mengurut pangkal dahinya agak kuat.Dia baru selesai tugasnya di hospital.Terasa lenguh kakinya berdiri lama tadi.Dia baru selesai melaksanakan pembedahan C-Section untuk pesakitnya tadi.Komplikasi yang dialami pesakitnya menyebabkan pembedahan itu mengambil masa sedikit lama dari C-Section kebiasaan.

Haleyna menuju ke biliknya.Dia perlukan rehat segera.Kepalanya terasa berpusing.Tekaknya terasa mual.Haleyna berlari ke arah sinki di hujung bilik.Dia memuntahkan isi perutnya.Tiada apa yang keluar selain air kekuningan.

Haleyna mengeluh.Dia masih belum menjamah apa apa makanan sedari shifnya bermula pada malam tadi.Haleyna membuka laci mejanya.Di dalam laci ada bersusun air jus di dalam kotak.Ada nota kecil di atas deretan kotak.

'Please drink me if you're thirsty'

BB

Entah bila suami dan anak perempuannya itu menyeludup minuman itu ke dalam biliknya.BB ialah singkatan kepada Benji dan Bianca.

Haleyna menarik pula laci yang kedua.Ada beberapa bungkus kek dan roti.

Ada juga terselit nota kecil disitu.

'Please eat me if you're hungry'

BB

Haleyna menarik sebungkus cupcake dan sekotak jus anggur.Dia perlu mengalas perutnya dengan segera.Bimbang gastriknya menyerang nanti.Sebentar lagi dia akan turun melawat pesakit pesakitnya pula.Hanya selepas itu dia akan pulang ke rumah.

Haleyna menikmati cupcake dan jus anggur perlahan.Sedang dia menikmati makanannya dia dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu.

"Come in!"

Pintu ditolak dari luar.Kelihatan Doktor Monica melangkah masuk bersama sekeping sampul coklat ditangannya.

Doktor Monica merupakan pakar genetik di hospital tempatnya bekerja.Wanita itu jarang sekali naik ke bahagian gynaecologist melainkan ada perkara penting yang perlukan perhatian dirinya.

"Hectic day huh?"

Sapa Doktor Monica apabila melihat rakan sejawatnya agak pucat dan keletihan.

"I'm juggling a lot right now.Yo what bring you up here?"

Doktor Monica menyerahkan sampul surat kepada Haleyna.Haleyna menyambut sampul surat di tangan Doktor Monica dengan debaran didadanya.

Isi di dalam sampul dikeluarkan.Dia membelek setiap helaian dengan penuh teliti.Ada senyum di hujung bibirnya apabila mengetahui kesahihan perkara di dalam helaian kertas putih.

Helaian kertas kembali dimasukkàn ke dalam sampul coklat.

" You owe me Leyna."

Doktor Monica memeluk tubuhnya.Dia maksudkan Haleyna berhutang masa bersama dengannya.Dahulu mereka sering keluar bersama jika tidak bekerja.Haleyna sangat sibuk semenjak dirinya berkahwin dan punya anak.

Haleyna ketawa kecil.Dia kemudian membuka lacinya.Sekotak jus mangga dan cupcake dihulurkan kepada Doktor Monica.

"Seriously.????"

Doctor Monica menayang muka cemberutnya.Sakit hati dia melihat sengihan Haleyna.

"These, an up front deposit Mon."

Keningnya di jongketkan berkali kali.Berharap Doktor Monica setuju dengan tawarannya.

"Okay.You need to settle for the remaining balance ya?"

Doktor Monica mengambil jus mangga dan cupcake di atas meja Haleyna.Lagi pula perutnya juga telah berbunyi.Dia tidak sempat sarapan sebelum ke hospital tadi.

Twisted Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now