Lily Amani menyapu habuk pada batu nisan dengan tangannya.Sesekali dia menggosok badan batu nisan yang tertera nama arwah suaminya.Sayu hati bila terkenangkan dua anaknya membesar tanpa bapa disisi.
Setahun yang lepas Allahyarham Badrul meninggalkan dirinya setelah terlibat dengan kemalangan ngeri melibatkan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah lori balak yang terlebih muatan.Suaminya pergi disaat ulang tahun dirinya yang ke 27 tahun.Hadiah hari lahir yang paling ngeri buat dirinya dan keluarga.
Lily Amani mencabut rumput rumpai kecil yang mula bersarang di atas pusara suaminya.Sesekali dia melihat persekitarannya.Tidak berapa ramai orang menziarahi kawasan perkuburan pada waktu ini.
"Abang..Lily balik dulu ya,insyaAllah nanti Lily datang lagi dengan anak anak.Imani dan Anaqi rindu abang sangat sangat.Lily pun rindu abang."
Terasa panas matanya.Walaupun sudah setahun Badrul meninggalkan dia dan anak anaknya, dia tetap merasa sebak.Nafas ditarik perlahan.
Lily Amani bangun dari duduknya.Dia melangkah meninggalkan pusara suaminya.Baru beberapa langkah dia berjalan,Lily Amani menoleh.
"You will always in my heart Bad"
Langkah kemudian diteruskan ke kawasan parkir kereta.Ketika ingin meloloskan diri di dalam keretanya telefonnya berdering.Lily Amani menjeling nama pemanggilnya.
"Haaaa kenapa?!"
Sergah Lily Amani apabila dia menjawab panggilan dari adiknya.
"Along dekat mana?Cepat datang kedai ada customer nak custom dress"
Suara Lily Amanda agak kuat di pendengarannya sehingga dia terpaksa menjauhkan telefon dari telinganya.
"10 minutes"
Lily Amani menghidupkan enjin Vios kemudian memandu tenang ke kedai yang berada tidak jauh dari tanah perkuburan Islam Rembau.
________________________________________
Lily Amanda tersenyum melihat kelibat kereta Vios berwarna hitam.Lega dirinya melihat kakak sulungnya sudah sampai di kedai.Sesekali matanya menjeling seorang wanita berbangsa Cina dan seorang lelaki yang duduk di sofa.Perempuan tinggi lampai itu kelihatan agak cerewet.Beberapa contoh hasil tangan kakaknya dibelek dengan penuh teliti.
Lily Amani menolak perlahan pintu kedai.Cermin mata hitam diletakkan di atas kepalanya.
"Maaf I lambat.I'm Lily.Yes..what can I do for you ?
Lily Amani menghulurkan tangannya ke arah wanita cina tersebut.
"Owh hye.I'm Luciana.Call me Lucy.I heard you can crochet wedding dress?"
Lily Amani mengukir senyum.
"Boleh I tahu bila your wedding date?sebab kita perlukan masa sekurang kurangnya 6 bulan untuk sepasang dress."
"No worries. Next year Lily.So I guess shouldnt be a problem huh?"
Luciana memandang tunangnya di sebelah.Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya.
"Tema bohemian dan I nak crean colour.I nak material cotton yang sejuk"
Terang Luciana lagi.Lily Amani mencapai sebuah buku yang agak tebal.Dia mencatat sesuatu.
"Okay boleh.Boleh I ambil ukuran you dahulu?"
Lily Amanda menghulurkan tali pengukur kepada Lily Amani.Lily Amani mula mengukur segenap lekuk badan Luciana.
'Persis model'
Monolog Lily Amani di dalam hati.Dia kemudian mencatat setiap ukuran di dalam buku tebal.
YOU ARE READING
Twisted Love (COMPLETE)
RomansaLily Amani membawa diri keluar negara selepas kematian suaminya.Takdir menemukan Lily Amani dan Andrei apabila Lily Amani menyelamatkan Andrei di dalam satu tragedi yang hampir meragut nyawa lelaki itu.6 bulan kemudian Andrei Aleksei menjejak semula...