MY BABY STILL ALIVE

206 8 2
                                    

ISTANBUL TURKI

3 TAHUN KEMUDIAN

Bingkai gambar dia dan Lily Amani di bawa ke dadanya.Gambar terakhir mereka bersama sebelum wanita itu berangkat pulang ke Bali.Tidak disangka pula wanita itu pulang selama lamanya ke negeri abadi.3 tahun pemergian Lily Amani.Dia masih belum dapat melupakan wanita itu.

Marcullo yang dalam diam menaruh hati pada Lily Amani merasa sesal.Dia sebenarnya punca sebenar Lily Amani dibunuh.Dia yang menghantar video Benji dan Haleyna ditembak.Marcullo berharap dengan video itu Andrei dan Lorenzo hanya setakat membenci wanita itu.Dia salah perhitungan apabila membiarkan Lily Amani pulang sendirian.Dia silap percaturan tentang sikap musuhnya yang sanggup membunuh orang tercinta jika dikhianati.

Walhal dia tahu segala rancangan Lily Amani.Dia tahu peluru tersebut telah diubah suai.Dia tahu Benji dan Haleyna masih hidup.Dia sekadar ingin menguji Lily Amani dan dia mahu babak wanita itu menembak kedua dua ahli Alinoshka kelihatan benar benar terjadi.Dia hanya mendiamkan diri tentang rakaman video yang dihantar pada Andrei.Dia tidak mahu merumitkan lagi keadaan.Dia lelah untuk bermusuhan. Bermusuhan hingga hilang orang tersayang memang tidak berbaloi.

Hubungan dia dan Yagmur tetap baik.Yagmur kerap ke Istanbul untuk bertemu dirinya.Dia terpaksa akur dengan keadaan.Keadaan dimana adik perempuan yang ditatang bagai minyak yang penuh selama ini cumalah adik angkat.Keluarga kandungnya lebih berhak.Asalkan dia tidak dihalang untuk bertemu dengan Yagmur.Itu sudah memadai.

Ketukan dipintu menyentak lamunannnya.Tidak lama kemudian kelihatan Burhan orang kanannya di muka pintu.

"Assalamualaikum boss.Here is your package"

Sekeping sampul surat dihulurkan.Marcullo menarik sampul pada tangan Burhan

'What is this?'

Marcullo membuka rakus sampul surat.Kelihatan sekeping kad di dalamnya.Marcullo menarik leluar kad.

WEDDING OF ANDREI ALEKSEI ALINOSHKA & THALIA KHUZNETSOV

'He's getting married with that low life whore?Woww'

Bisik Marcullo di dalam hati.Dia turut mengenali Thalia.Nama itu begitu terkenal di kalangan rakan rakan peniaga seperti dia.Terkenal dengan perangai kupu kupu malamnya.

"Burhan.We're going to attend this.Please find a suitable present for them"

"On it boss"

Burhan kemudian berundur untuk keluar.Belum sempat dia memulas tombol pintu,pintu telah pun dikuak kasar.Burhan mengurut dadanya.

"Honey!! You scared me to death!"

Kata Burhan dengan kuat.Buat seketikanya dirinya lupa yang dia masih berada di dalam bilik Marcullo.

Kelihatan Yagmur tersengih sengih seperti kerang busuk.

"Honey huh?? We really need to talk Yagmur.Burhan.ahaaaahhh dont make that pouty lips.Come here both of you!Now!"

Marcullo mencekak pinggangnya. Sebenarnya sudah lama dia ingin bertanya perihal Yagmur dan Burhan.Semenjak dua menjak ni dia melihat Burhan begitu mesra dengan adiknya.Walhal dahulu mereka seperti anjing dan kucing.Ada sahaja topik yang boleh dijadikan bahan untuk bergaduh.

Yagmur dan Burhan menghampiri meja kerja Marcullo takut takut.Lelaki itu walaupun abangnya dia tetap merasa gerun.

Marcullo menarik keluar pistol di dalam laci meja.Pistol dibelek seketika sebelum di letak di atas meja kerjanya.Yagmur dan Burhan hanya terkebil kebil memandang pistol di atas meja.

"Sit."

Terkocoh kocoh Burhan dan Yagmur duduk diatas kerusi yang behadapan dengan meja kerja lelaki itu.

Twisted Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now