SHATTERED HEART

216 7 0
                                    

Lily Amani duduk termenung diatas penutup mangkuk tandas.Gajet ditangannya direnung seketika.

'I'm pregnant?'

Sudah 2 bulan dia tidak datang haid.Dia menyangkakan hormonnya masih tidak stabil.Beberapa perubahan pada dirinya mendorong Lily Amani supaya melakukan ujian kehamilan.

Padanlah sebelum ini dia merasa cepat letih.Migrain melampau dan kerap ke tandas.Ada nyawa yang menghuni rahimnya.

Tidak dapat dipastikan apa perasaannya pada waktu ini.Gembira? Kerana di dalam rahimnya wujud benih lelaki yang dia cinta.Risau kerana dalam tempoh sebelum mereka disatukan macam macam boleh terjadi.

Lily Amani meraup mukanya.Dia dan Andrei akan disatukan 2 minggu lagi.Malam esok dia akan terbang semula ke Moscow untuk menghadiri majlis sambutan hari lahir Puan Rossa.

Lily Amani bergegas keluar dari tandas.Dia mencapai telefon.Dia berkira ingin memaklumkan perkara itu kepada  Andrei.Pergerakannya terhenti apabila mendengar ketukan di pintu.Lily Amani mencapai bag tangannya.Dia menyimpan gajet ujian kehamilan ke dalam bag tangan tersebut sebelum melangkah ke pintu.

"Yes ibu.."

Lily Amani berkata sambil membuka pintu.Dihadapannya berdiri Puan Raihana.Wanita itu memegang bag kertas berisi persalinan Lily Amani sewaktu bernikah nanti.

"Kamu okay?Nampak pucat ni?"

Puan Raihana meraba dahi anak sulungnya.

"Okay je ibu.Biasalah penat sikit.Banyak kerja yang perlu dibuat.Majlis kan tak lama lagi."

Lily Amani menjawab perlahan.Dia membelek baju kurung di dalam bag kertas.

"Flight kamu pukul berapa esok?"

"10 malam ibu."

Puan Raihana menggangguk kepalanya.Dia kemudian berlalu ke dapur semula.

Lily Amani masuk semula ke dalam bilik.Dia menarik keluar kurung riau berwarna krim di dalam bag kertas.

Bibirnya mengukir senyum melihat hasil dari sahabat baiknya.Sangat kemas  kejadiannya.Butiran swarovski yang terdapat pada baju menampakkan kurung itu kelihatan luar biasa.

Lily Amani membawa duduknya di atas katil.Perutnya diusap perlahan.Entah mengapa dia merasa ada benda buruk yang akan berlaku.Dadanya diurut perlahan.Debaran didadanya semakin kuat apabila semakin menghampiri tarikh pernikahan dia dan Andrei.

Sepanjang berjauhan hubungan mereka semakin akrab dan di mulai faham erti rindukan lelaki yang berjaya mencuri hatinya.Lelaki itu tampak bersungguh dalam hubungan mereka.

Lelaki itu kerap menghubunginya. Mengambil berat tentang dia dan anak anak.Lily Amani bersyukur kerana ditemukan dengan lelaki yang menerima sepenuhnya kedua orang anak anaknya.

Notifikasi whatsapp menjengah. Bibirnya menguntum senyum.Sang kekasih hati menghantar gambarnya dengan bersongkok.Pasti lelaki itu baru pulang dari Islamic Centre.

Lily Amani
Ouchhhh give me back my heart Mr Alinoshka.Btw you look devilish handsome:)

                                             Andrei Aleksei
No way.Your heart is mine baby.FYI I am the hot guy in Russia.You're lucky I knelt down for you.

Lily Amani
Here we go again.Show off!!I have surprise for you.

                                            Andrei Aleksei.
                                       What surprise???

Twisted Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now