Lily Amani membuka matanya perlahan.Terkebil kebil dia melihat siling bilik.Matanya diliarkan di keliling bilik.Dia cuba mengingati apa yang berlaku tadi.
'Herman..Leo...'
Lily Amani baru teringat yang dia menembak dia lelaki itu tadi.Persekitaran bilik diperhatikan lama.
'Bukan bilik aku.'
Lily Amani turun dari katil perlahan.Tekaknya terasa perit.Dia melihat pintu biliknya agak renggang sedikit.
"Mana Andi dan Enzo?"
Lily Amani menarik getah pada pergelangan tangannya.Rambutnya disanggul tinggi.
Lily Amani menarik pintu bilik.Suasana ruangan rumah kelihatan gelap.Pintu biliknya berhadapan dengan pintu bilik yang menempatkan Herman dan Leo petang tadi.Lily Amani melangkah ke arah bilik tersebut.Dia menolak perlahan pintu bilik.Gelap.
Lampu pada dinding dipetik.Kosong.Hanya meja kerja yang kelihatan.Bahagian lantai juga bersih sebersihnya.Tiada kesan muntah atau percikan darah.
Kerutan muncul pada dahi Lily Amani.Hairan.Rasanya dia tidak bermimpu.Memang benar dia ada menembak Herman dan Leo tadi.
Lily Amani membawa dirinya ke bahagian belakang rumah.Tiada seorang pun kelibat manusia di dalam rumah.Kakinya menghalang ke bahagian dapur.Ada cahaya disitu.Cahaya berwarna kuning malap.
Kepalanya menjengah ke bahagian dapur yang sederhana besar.Semua perkakasan terletak elok.Walaupun rumah lama,keadaannya tersusun kemas dan bersih.Mungkin Lorenzo ada mengupah orang untuk menjaga rumah ini.
"Enzo aku mohon..lepaskan aku Enzo.Ingati persahabatan kita Enzo."
Lily Amani menghentikan langkahnya.
'Itu suara Herman.'
Lily Amani meninjau ke celah tingkap.Dia melihat dengan jelas tubuh lesu Herman dan Leo digantung pada 3 batang pokok besar di belakang rumah.Beberapa orang pengawal termasuk Enrique dan Erlangga turut ada di belakang rumah.
Lily Amani berjalan mencari pintu belakang.Langkahnya terhenti apabila melihat satu pintu yang agak renggang.Lily Amani menarik perlahan pintu.Dia menuruni tangga kecil sebelum menapak perlahan ke tanah.
"Killed me Alinoshka,I cant take this anymore..but remember..my brother will hunt you forever"
Leo bersuara perlahan.Namun dapat didengari oleh Lily Amani.
"If I killed you both..we'll be heroes because we save lots of women out there from predators like you"
Andrei memasukkan beberapa butir peluru ke dalam pistolnya.
"Dont get cocky you bastard!Dont forget the old you yeh?We..are..equal.If I am predator.You are monster!"
Marah Leo semula.Berkerut kerut dahinya menuturkan kata katanya.
"Hello..you raped and killed them.You touch people without their consent.We are different my friend.Any last words??My eyes sore enough seeing you in this state."
"Enzoo...aku mohon.."
"No Herman.Aku cuma melindungi hak aku.Jika aku lepaskan kamu.Pasti kamu akan kembali membuat onar sama aku."
"Aku mohon maaf.Aku janji aku tidak mengganggu kamu dan Lily"
Herman merasa badannya menggigil kuat.Dia tidak mahu mati.
"You're quite soft bro."
Usik Andrei.Dia menggelengkan kepalanya.
"Shut up you pain in ass"
YOU ARE READING
Twisted Love (COMPLETE)
RomanceLily Amani membawa diri keluar negara selepas kematian suaminya.Takdir menemukan Lily Amani dan Andrei apabila Lily Amani menyelamatkan Andrei di dalam satu tragedi yang hampir meragut nyawa lelaki itu.6 bulan kemudian Andrei Aleksei menjejak semula...