DOUBLE DATE

171 9 0
                                    

 
'Knock!!Knock!'

Pintu bilik Lily Amani diketuk perlahan.Lily Amani memanggungkan kepalanya.Pembacaannya terganggu seketika.Lily Amani meletakkan macbook diatas meja kecil.Dia menuruni katil.Lily Amani kemudian melangkah ke arah pintu.

"Yes"

Pintu dibuka perlahan.Kelihatan pembantu rumah berusia setengah abad berdiri dengan sebuah kotak ditangannya.

"Cik Lily..Tuan Andrei minta Cik Lily untuk memakai dress ini untuk makan malam"

Suraya menghulurkan kotak hitam sederhana besar kepada Lily Amani.
Lily Amani menyambut kotak tersebut.Segaris senyuman terbentuk pada bibirnya.

"Terima kasih Suraya"

Lily Amani membawa kotak hitam ke dalam biliknya.Kotak hitam diletakkan diatas katil.Dia berpeluk tubuh seketika melihat kotak hitam tersebut.Ada sekeping kad diatas kotak hitam.

To my beautiful bride.Will you be my date?Please wear this tonight.

                                            Andrei Aleksei

Lily Amani mengetap bibirnya.Dia sebenarnya tiada mood untuk keluar rumah.Lagipun entah apa lelaki itu rancang untuk kenakan dia nanti.Seharian dia tidak berjumpa dengan Andrei.Apa yang lelaki itu sibukkan dia sendiri tidak pasti.

Lily Amani membuka kotak hitam.Dia menarik sepasang gaun berwarna perak.Lily Amani senyum kecil.Sememangnya Andrei memahami citarasanya.

Walaupun gaun perak tersebut cantik, tetapi tetap tidak mengubah hatinya.Lily Amani tidak mahu keluar dari biliknya.Keputusannya muktamad!

Lily Amani meletak semula gaun di dalam kotak.Kotak hitam diletak di hujung  katil.

Dia kemudian melangkah semula ke birai katil.Baru saja melabuhkan duduknya pintu biliknya diketuk sekali lagi.Lily Amani mendengus.Dia berjalan malas ke arah pintu bilik.

'Apa lagi ni?'

"Yes?"

Lily Amani memaniskan mukanya.Berderau darahnya melihat figura Erlangga di hadapan biliknya.Erlangga turut memegang sebuah kotak hitam.

"Cik Lily.Ini pesanan Pak Enzo.Pak Enzo menyuruh Cik Lily makainya malam ini."

Lily Amani menyambut kotak hitam sederhana besar.

"Thank you Erlangga."

Erlangga menundukkan kepalanya tanda hormat.Dia kemudian berlalu untuk turun ke bawah.

Lily Amani memicit pelipisnya.Kotak hitam direnung lama.Ada sampul kecil di atasnya.Sampul diatas kotak dibuka.

Dear love of my life..

A beautiful dress for my beautiful lady.I may not be your first date,your first kiss,and your first love and thats fine because I just want to be your last. See ya tonight.

                                                 Lorenzo Ricci

Lily Amani menarik keluar dress dari kotak hitam.

'Are you kidding me?'

Lily Amani memicit perlahan kepalanya.Migrainnya kembali menjengah.Dirasakan kedua dua lelaki itu semakin menyesakkan dirinya.

"Lily!!! Jom pergi shopping!!"

Haleyna menerjah pintu bilik Lily Amani.Dia kelihatan ceria.Bakal ibu itu kelihatan comel dengan jumpsuit hitamnya.

Lily Amani menoleh.Senyum kecil diberikan.

"Shopping?Errrr only both of us??"

"Yeah!you need a break babe!Hmm what happened?

Twisted Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now