SADNESS AND REGRET

154 9 1
                                    


FLASHBACK

Bang!!Bang!!!!"

Riuh keadaan di hutan.Unggas unggas bertempiaran lari menyelamatkan diri.Larian Lily Amani terhenti.Dada dan bahagian perutnya dirasakan terlalu sakit.Dia gagal meneruskan langkahnya.Lily Amani hanya mendengar bunyi orang ketawa di belakangnya.

Nafasnya terasa semakin sesak.Lily Amani jatuh melutut.Tangannya menahan dari dirinya menyembam bumi.

"Aaaaaaarghhhhhh...Andi...Enzo..."

"Yes baby.."

Andrei mendekati Lily Amani yang sedang berlumuran darah..Rambut Lily Amani di belai sebelum dia merentap kuat rambut wanita itu.

"An...ann di..ppplease"

Pinta Lily Amani dengan nafas tersekat sekat.

"Ha..ve mer..cy on mmme.."

Lorenzo dan Andrei ketawa.Andrei tanpa belas mengheret rambut Lily Amani keluar dari hutan.Sampai di kawasan batu besar.

"Bro..."

Tubuh Lily Amani yang tidak bermaya di baringkan di atas tanah.Kelihatan Andrei dan Lorenzo mula membuka tali pinggang mereka.

Lily Amani yang berada di dalam keadaan separa sedar masa itu mencuba sedaya upaya melawan.

Kakinya menendang nendang lelaki lelaki yang menghampiri.Hanya hilaian ketawa yang kedengaran.

"No...no.."

Jeritan lemah dari Lily Amani kedengaran.Apakan daya tipu daya syaitan itu lebih berkuasa.Lily Amani diperkosa didalam keadaannya yang tinggal nyawa nyawa ikan.

Usai perkara terkutuk itu.Tubuh longlai Lily Amani di campak dari tebing berbatu.Rayuan yang keluar dari mulut wanita itu tidak diendahkan.

"Bushhhhh!!!"

Bunyi tubuh Lily Amani yang menghempas permukaan lautan.

1 saat...2 saat...3 saat.

Kelihatan tubuh Lily Amani terapung di permukaan laut.Lorenzo dan Andrei tersenyum puas.Tidak lama kemudian G Wagon mula meninggalkan tanjung berbukit.

END FLASHBACK

"Binatang!"

Jerkah Lily Amanda kuat.Dia yang sedang sarat mengandung mencapai apa sahaja di hadapan matanya untuk dibaling pada Lorenzo dan Andrei.

Lorenzo dan Andrei hanya tunduk merenung lantai.Hari ini tanpa berselindung satu pun.Mereka mengaku kesalahan kesalahan maha berat yang dilakukan.Lily Amanda yang meraung ditarik oleh Hakimi.Dia membawa jauh isterinya dari ruang tamu.

Puan Raihana meraung pada dada suaminya.Hati seorang ibu luluh mengenang nasib anak sulungnya.Anak yang dikandung 9 bulan.Anak yang ditatang penuh kasih sayang diperlakukan dengan begitu kejam.

'Apa hak mereka'

Tuan Firdaus hanya merenung kedua dua lelaki yang melutut dihadapannya.Disudut matanya ada air lesu mengalir.Dia pernah percayakan 2 lelaki itu untuk menjaga anaknya.Keputusan dia sebagai seorang bapa silap.Dia melakukan kesalahan besar dengan mempercayai kedua dua lelaki dihadapannya.

"Am..ampunkan An..an di dan En
.En...zo ayah. "

Andrei mencapai tangan tuan Tuan Firdaus.Lelaki itu masih diam.Tidak berganjak sedikit pun.

Madam Rossa mengusap perlahan belakang badan Puan Raihana.Dia tidak menyangka pengakhiran Lily Amani begitu.Semalam dia hanya diberitahu kedua dua cucunya hanya menembak wanita malang itu.Tidak disangka pula Lily Amani turut diperkosa semasa wanita itu sedang nazak.

Twisted Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now