Lily Amani's POV
Langkah seperti berat untuk masuk ke bilik besar itu.Aku berpaut seketika di pintu bilik pembedahan.Aku telah lengkap berpakaian gaun hospital berwarna putih.Ada jururawat perempuan agak berusia mengiringi aku.
Terasa belakang badan aku diusap perlahan dan aku menoleh.Muka keibuan jururawat itu seakan akan memberitahu aku jangan teruskan niat aku.Dia kelihatan berpengalaman dalam bidang ini.
Aku hanya tunduk merenung lantai sebelum menolak daun pintu.Terasa lembik kaki melihat lampu besar yang terpasang pada katil pembedahan.Aku memegang perut segera.Berkali kali aku memohon maaf pada anak di dalam kandungan.Aku terpaksa.Ini bukan anak luar nikah.Anak yang terhasil dari cinta aku dan Andrei.Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehadirannya, naluri seorang ibu siapa yang tahu.
Kadang kala aku tertanya apa dosa aku di masa lalu hingga Allah uji aku begini.Danish dilahirkan ketika aku terlantar koma.Terkini aku dipaksa oleh suami sendiri untuk menggugurkan kandungan.
Memang binatang sungguh hati lelaki itu.Tidak dapat membunuh aku.Dia mahu membunuh anaknya pula dan aku.Aku yang kena menghadap tekanan emosi dan sakitnya nanti.Dia?
Hanya sekadar menabur janji palsu.Memberi harapan yang dia sendiri hancurkan.Berhari hari aku menunggu dia perbetulkan kesilapan diri.Apa yang aku dapat?
Sakit hati.Kecewa dengan layanan dinginnya.Dia menyalahkan aku dengan dosa yang aku tidak pernah buat.Dia lebih menjaga wanita lain dari isterinya.Apa yang patut aku rasa?
Mungkin dengan cara ini dapat membebaskan aku dari cengkaman dia.Ini yang dia mahukanAndrei mahu aku gugurkan zuriat dia sendiri.Rahim aku tidak layàk untuk kandung benih dia.Kotor dan hina sangat ke wanita seperti aku?
"Are you ready Mrs..errrr..."
Seorang wanita berjubah putih menghampiri aku.Bahu aku ditepuk perlahan.
"It Miss Lily to you doctor"
Tidak ingin aku menggunakan nama keluarga Andrei.Rasa tidak layak.Cemuhan yang aku terima membuatkan aku sedar tentang kedudukan diri ini.
"Owh yaaa...are you ready Miss Lily?There is no turning back.For the last time, I would love to show you your baby development.Please lie down."
Aku mengangguk kepala tanda memahami arahannya.Sempat aku membaca nama pada jubah putihnya.
'Arabella'
Cantiknya nama.Orangnya pun cantik walaupun sudah kelihatan berusia.Aku memanjat katil perlahan.Badan aku baringkan pada katil.Doktor Arabella menyelimutkan aku sehingga ke paras bawah pusat.
"Sorry this might be cold a little bit ya"
Aku mengangguk lagi.Gel berwarna biru dituangkan ke atas perut.Tidak lama kemudian alat USG dilekapkan pada perut.Terasa perut ditekan sedikit.
YOU ARE READING
Twisted Love (COMPLETE)
RomanceLily Amani membawa diri keluar negara selepas kematian suaminya.Takdir menemukan Lily Amani dan Andrei apabila Lily Amani menyelamatkan Andrei di dalam satu tragedi yang hampir meragut nyawa lelaki itu.6 bulan kemudian Andrei Aleksei menjejak semula...