PROPOSE DAY

156 6 0
                                    

Lily Amani meloloskan dirinya ke dalam kereta.Dia baru sahaja menghantar anak anaknya ke sekolah.Dia akan ke pejabat Lorenzo pula selepas ini.Belum sempat dia menarik pintu,ada tangan menghalang.Lily Amani menoleh.Dia mendengus melihat figura berusia berdiri di sebelah keretanya.

'Herman.Apa dia buat dekat sini?'

Herman merupakan Gabenor Bali.Dia juga merupakan rakan perniagaan Lorenzo.Herman kerap kali mengganggu Lily Amani semasa bekerja di bar dahulu.

"Pak Herman.Aku mahu pulang."

Getus Lily Amani perlahan.Dia kembali menarik pintu.

"Lily..puas aku mencari kamu.Aku kangen sama kamu."

Pergelangan Lily Amani dipegang kejap.Matanya memerhati segenap lekuk tubuh Lily Amani.Sudah lama di idamkan tubuh Lily Amani.Wanita itu tidak pernah memberinya peluang.Jika wanita lain pasti sudah tergoda dengan kedudukan dirinya.

"Pak Herman please.Nggak manis dilihat orang.Kamu sudah punya isteri"

Lily Amani berusaha menarik tangannya.Dia merasakan pegangan semakin kuat.Dia melihat Herman memandangnya dengan penuh nafsu.

"Aku lebih dari mampu Lily.Aku pengen kamu menjadi isteri aku.Aku janji akan jaga kamu dan anak anak dengan baik sekali"

Herman mendekati Lily Amani.Dia menyelak rambut Lily Amani ketepi.

"Maaf Pak Herman aku sudah berpunya."

Lily Amani berkata selamba.Dia menjarakkan diri dari

"Jadi benar tentang kamu dan Lorenzo ?Lorenzo itu teman baik aku Lily.Aku tahu hidupnya hanya tentang business sahaja.Akan ku beri berapa saja jumlah yang dia mahu asalkan kamu jadi milik aku"

Herman menyeringai.Dia menayangkan barisan giginya kepada Lily Amani.

'The nerve of this man'

"Aku bukan boleh dijual beli Pak Herman.Kalau kamu rasa Lorenzo begitu kamu salah besar.Lorenzo cintakan aku dan aku cintakan Lorenzo Ricci King!"

Herman mengetap bibirnya.Sangat sukar menjinakkan Lily Amani.Namun itu tidak mematahkan semangatnya.Dia harus memiliki wanita itu walau apa cara pun.

"Kamu yakin Lily?Apa kamu telah selidik sedalam dalamnya tentang Lorenzo?"

Lily Amani mengerutkan dahinya.Dia merasa hairan dengan pertanyaan Herman tadi.

Deringan telefon menyentak Herman dan Lily Amani.Beberapa ketika kemudian kelihatan P.A Herman menghampiri.Telefon dihulurkan kepada Herman

"Puan Besar Pak"

Herman melepaskan pergelangan tangan Lily Amani segera.

"Yes sayangku..ya..abang balik tengah hari..ya baiklah sayang"

Herman melangkah meninggalkan Lily Amani.Dia menoleh sambil melayangkan flying kiss ke arah Lily Amani.Herman kemudian meloloskan diri ke dalam MPV.

Lily Amani menjuihkan bibirnya.

'Dasar takut bini!'

______________________________________

Lily Amani meletakkan nasi goreng ke dalam mangkuk sederhana besar.Hujung minggu sememangnya dia akan memasak dirumah besar itu.
Sesekali pinggul dihayun ke kiri ke kanan mengikut rentak lagu jawa yang berkumandang di radio.Dia ikut menyanyi kecil.Senduk dijadikan mikrofonnya.Begitu bersungguh sungguh dia menghayati lagu tersebut.

Lorenzo ketawa kecil.Dia sudah lama berada di sebalik dinding dapur.Sengaja dia ingin meninjau wanita kesayangannya.Dia mengeluarkan telefonnya.Diam diam dia merekod telatah Lily Amani.Dia terhibur dengan kerenah wanita itu.

Twisted Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now