UGLY SCAR

139 7 1
                                    

Lily Amani's POV

"Mmmm..mummy?"

Imani menghampiri aku yang sedang duduk bersandar di atas katil.Aku masih belum sembuh lagi dan  perlu meminimumkan pergerakan tubuh.

"Bila Imani boleh tengok baby Aubrey?"

Aku menayangkan sengihan. Nampaknya kanak kanak itu benar benar tidak sabar untuk bertemu adik bongsunya.

"Sabar ye sayang.Adik belum boleh keluar lagi.Adik masih belum cukup kuat.Insyaallah next week Imani dapat jumpa Aubrey."

Mata kanak kanak itu seperti bercahaya.Dia mengangguk laju.Imani memanjat katil.Dia duduk berhadapan dengan aku.Dia masih menjaga jarak kami.Bukan apa mungkin dia bimbang pergerakannya akan membuatkan aku sakit.Imani memandang aku lama.

"Imani rindu sangat dengan mummy.Hari hari Imani berdoa supaya Allah temukan Imani dengan mummy semula.Anaqi pun rindu mummy.Kadang kadang Anaqi menangis malam malam.Dia sebut mummy...mummy.."

Luahan hati Imani aku dengar dengan perasaan kesal berbuku didada.Yalah aku meninggalkan dirinya selama 3 tahun.Kemudian hilang ingatan pula hampir setahun.Tahun hadapan Imani sudah menginjak alam remaja.Begitu pantas masa berlalu.

"Mummy minta maaf sayang.Mummy tak sihat.Lepas ni mummy janji, kita akan sentiasa bersama.Mummy.. daddy..Imani..Anaqi,Danish dan Aubrey.Look at you.Dah jadi anak dara.Cantik.Comel.

Imani tunduk tersipu sipu malu.Merah mukanya kerana dipuji begitu.Imani banyak mewarisi rupa Badrul Ashraffy.Begitu banyak masa terbuang.Aku hilang detik anak anak membesar.

Aku memanjat syukur di dalam hati berkali kali.Pertemuan aku dan keluarga petang tadi berjalan dengan baik sekali.Imani dan Anaqi nampaknya dapat menerima perihal aku, Danish dan Aubrey.Suasana pilu menyelubungi wad kenamaan yang dihuni oleh aku sejak 3 minggu lalu.Pertemuan kami semuanya diuruskan oleh Andrei.Lelaki itu begitu ambil berat tentang keluarga dan anak anak kami.

"How's your school Imani?"

Aku bertanya prihatin.Sudah lama aku tidak mengambil tahu hal hal sekolah anak anak.Dahulu aku yang menemani dirinya mengulangkaji pelajaran dan sebagainya.

"Good mummy.I always score good marks for all subjects.Thanks to daddy.Daddy selalu ajar Imani malam malam."

Aku mengerutkan dahi.Bila masanya pula Andrei mengajar Imani?

"Maksud Imani?"

"Daddy selalu video call Imani dan Anaqi malam malam.Masa daddy dekat office.Daddy ajar Anaqi membaca.Ajar Imani Math.You know I was always getting  low grades for Math.All thanks to daddy."

Puji Imani sambil melirik ke arah Andrei yang tidur menyandar disofa.Di riba kanannya ada kepala Danish.Riba kiri pula ada kepala Anaqi.Andrei kelihatan seperti bapa mithali.Senyum lebar diri ini melihat ikatan yang terbina antara mereka.

Semasa Danish bertemu Imani dan Anaqi, kanak kanak itu begitu gembira.Mungkin dia tidak menyangka dirinya punya kakak dan abang.Riuh wad ini dengan celotehnya.

"Daddy janji nak bawa Imani dan Anaqi ke Disneyland hujung tahun ini.Mummy ikut juga ya?"

Aku mengira di dalam hati.Jika hujung tahun, kira kira 4 bulan lagi.Harapannya aku sempatlah pulih sepenuhnya nanti.

"Insyaallah Imani.Doakan mummy cepat sihat ya.Dah lama kita tak pergi jalan jalan."

Imani mengangguk kepalanya laju.Aku menggamit Imani untuk menghampiri.Imani hanya menurut.Perlahan aku menarik Imani ke dalam pelukan.Empangan air mata mulai pecah.

"Mummy minta maaf Imani.Mummy tak patut tinggalkan Imani dan Anaqi.Imani jangan marah mummy ya."

Pinta aku perlahan.Kepala penghuni pertama di dalam rahim aku usap dengan penuh kasih sayang.Imani sudah faham segalanya.Dia semakin matang.Aku tidak mahu Imani menganggap aku sengaja membuang dia dan Anaqi setelah punya Danish dan Aubrey.

Twisted Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now